Siakap Keli
polis Cubaan Seludup Syabu
Gambar: Polis

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

PELABUHAN KLANG, (Bernama) — Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion, yang diletakkan bersama tong dram berisi lilin parafin di Pelabuhan Barat pada 25 Jan lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Sallahuddin Che Ali berkata dadah itu dirampas selepas pihaknya menyerbu sebuah gudang di pelabuhan berkenaan, dan menemukan 166 tong dram berisi bahan larangan itu di dalam dua kontena.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua kontena masing-masing menemukan 83 tong dram berwarna biru bertulisan Paraffin Wax 3-5 peratus mengandungi pepejal mampat berwarna putih kekuningan disyaki dadah jenis methamphetamine,” katanya pada sidang media di Balai Polis Port Klang semalam.

Mat Zani berkata kedua-dua kontena yang dipercayai dari Iran itu sedang dalam perjalanan ke Sydney, Australia, dan pemeriksaan mendapati ia didaftarkan sebagai bahan-bahan memproses barangan kosmetik dan juga lilin.

Beliau berkata kejayaan pembongkaran aktiviti sindiket dadah antarabangsa itu adalah hasil perkongsian maklumat Polis Persekutuan Australia dengan JSJN Bukit Aman, dan ia adalah kejayaan terbesar polis dalam menggagalkan cubaan penyeludupan dadah antarabangsa setakat ini.

“Kami percaya dadah yang boleh digunakan oleh 166 juta penagih ini juga adalah untuk pasaran Australia,” katanya, sambil menambah kerjasama sedang dilakukan dengan Polis Persekutuan Australia bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi antarabangsa yang terlibat dalam penghantaran dadah berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: BERNAMA

BACA: Peniaga Petai Diberi Lesen Sementara, Isu Melibatkan MPPD Selesai

BACA: Malaysia Tersenarai Dalam 10 Destinasi Persaraan Terbaik Dunia

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.