Siakap Keli
amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Hingga Lewat Petang – METMalaysia 

Amaran Ribut Petir Hingga Lewat Petang – METMalaysia 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dijangka alami cuaca serupa.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan pula, daerah yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Pahang membabitkan daerah Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan.

“Di samping itu, daerah terlibat di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.

Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah, membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang).

Orang ramai diminta waspada cuaca buruk

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: ‘Kesilapan Menakutkan’ Ibu Hamil Selalu Buat – Doktor

BACA: Individu Kumpulan Darah A, B & O Diminta Segera Tampil – PDN

BACA: BAC 2025: Lee Zii Jia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Tarik Diri

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: