Siakap Keli
edika yusof
Kredit: Instagram Edika Yusof

Isteri Edika Yusof Failkan Cerai

Isteri Edika Yusof Failkan Cerai

Pelakon senior, Edika Yusof dilaporkan kini dalam proses perceraian apabila isterinya, Nor Hidayah Yusri memfailkan cerai terhadapnya pada pertengahan Februari lalu, lapor Gempak.

Peguam, Mohd Yazid Hazim mengesahkan berita ini ketika hadir bagi sebutan pertama kes anak guamnya, Hidayah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

“Untuk hari ini adalah sebutan biasa sahaja iaitu sebutan bagi penyerahan dokumen.

“Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.

“Dan mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh bagi sebutan semula,” maklum peguam tersebut.

Biarpun Hidayah enggan mengulas lanjut berkenaan pemfailan cerai tersebut, Yazid menjelaskan perkara ini berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara kedua belah pihak.

Hidayah turut mengakui mereka sudah tidak tinggal serumah namun perkara tersebut tidak dijelaskan dengan terpeirinci.

Edika, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 57, merupakan antara pelakon terkenal yang membawa watak Jefri dalam filem Maria Mariana. Kerjaya lakonannya tidak terhenti apabila masih mendapat tawaran berlakon dalam drama dan filem-filem terkini seperti Project: High Council yang ditayangkan pada tahun 2023.

Melayari bahtera perkahwinan bersama Hidayah selama 22 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nurulhaq dan Fareena Nurulhaq.

Imbas kembali, Hidayah hilang deria pendengaran dan percakapan, malah lumpuh sebahagian anggota badannya selepas beberapa hari melahirkan anak kedua mereka. Bermula daripada demam panas, jangkitan kuman merebak hingga ke kepala mengakibatkan Hidayah koma selama sembilan hari.

Ketika sedarkan diri, Hidayah tidak lagi dapat menggerakkan badannya dari dada ke kaki. Malah, bahagian wajahnya di sebelah kiri herot menyebabkan sebelah mata tidak boleh dibuka.

Selama 16 tahun, Edika mengambil alih tugas di rumah dengan dibantu anak sulung mereka di samping mencari rezeki buat keluarga.

BACA: Diana Danielle, Farid Kamil Sah Bercerai Kali Kedua

BACA: Fazura, Fattah Amin Sah Bercerai

Sumber: Astro Gempak (1) (2)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.