Siakap Keli
Kredit: Bernama

Polis Siasat 3 Anggota Trafik Buat Sekatan Jalan Raya Di Serdang

Polis Siasat 3 Anggota Trafik Buat Sekatan Jalan Raya Di Serdang

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Polis akan melakukan siasatan dalaman terhadap tiga anggotanya yang dirakam dalam video tular mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan The Mines di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata siasatan berkenaan adalah bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya.

“Siasatan sedang dijalankan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang tidak akan berkompromi jika terbukti berlaku pelanggaran prosedur semasa sekatan jalan raya diadakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

BACA JUGA: Op Selamat 24 Bermula 29 Mac, Hampir 7,000 Pegawai Dan Anggota Terlibat

Terdahulu, tular satu video di media sosial berdurasi 1 minit 19 saat yang menunjukkan tiga anggota polis trafik melakukan sekatan jalan raya, sebelum seorang daripada mereka dirakam mengambil sesuatu daripada seorang pemandu kereta yang ditahan.

Anbalagan turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan kerana boleh mengganggu siasatan.

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.