Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
'Kota Besar' Di Bawah Piramid
Kredit: AFP

Saintis Dakwa Temui ‘Kota Besar’ Di Bawah Piramid Giza

Athirah

Saintis Dakwa Temui ‘Kota Besar’ Di Bawah Piramid Giza

Para penyelidik dari Itali mendakwa telah menemukan sebuah kota bawah tanah yang memiliki keluasan lebih 4,000 kaki di bawah Piramid Giza, lapor Daily Mail.

Dakwa mereka, keluasan kota bawah tanah terbabit 10 kali lebih besar daripada piramid itu sendiri.

Kajian yang belum disemak semula oleh pakar itu turut mendapati lapan struktur berbentuk silinder menegak yang memanjang lebih daripada 2,100 kaki berada di bawah piramid.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi struktur yang tidak diketahui pada kedalaman 4,000 kaki.

Bagaimanapun, dakwaan mengejutkan ini telah dibantah oleh ramai pakar kerana ia berpunca daripada satu kajian yang menggunakan denyutan radar bagi menghasilkan imej beresolusi tinggi jauh ke dalam tanah di bawah struktur tersebut.

Malah, ia menggunakan kaedah yang sama seperti sonar untuk memetakan kedalaman lautan.

Kredit: Daily Mail

Kajian itu belum diterbitkan di dalam jurnal saintifik

Satu kenyataan akhbar menggambarkan penemuan itu sebagai terobosan dan berpotensi mengubah sejarah tamadun Mesir purba sekiranya ia terbukti benar.

Daily Mail melaporkan, kajian ini diketuai oleh Corrado Malanga dari Universiti Pisa di Itali, bersama ahli Egyptologi Armando Mei dan Filippo Biondi dari Universiti Strathclyde di Scotland.

Selain itu, ia juga hanya didedahkan ketika satu taklimat secara langsung di Itali dan masih belum diterbitkan di dalam jurnal saintifik.

Bagaimanapun, seorang pakar radar dari Universiti Denver, Profesor Lawrence Conyers memaklumkan bahawa teknologi berkenaan tidak mampu menembusi tanah sedalam itu.

Menurutnya, ia sekaligus menjadikan idea tentang sebuah kota bawah tanah sebagai ‘sesuatu yang keterlaluan’.

Profesor dari Universiti Denver berasa ragu dengan kajian ini

Walaupun masih terdapat keraguan, Profesor Conyers menegaskan bahawa satu-satunya cara untuk mengesahkan penemuan ini adalah dengan menjalankan ‘penggalian yang disasarkan.’

“Pandangan saya ialah, selagi penulis kajian tidak mereka-reka sesuatu dan kaedah asas mereka betul, tafsiran mereka wajar diberi perhatian oleh sesiapa sahaja yang mengambil berat tentang tapak ini.

“Kita boleh berdebat mengenai tafsiran dan itulah yang dinamakan sains. Namun, ia memerlukan kaedah asas yang kukuh,” ujar beliau.

Profesor Conyers menambah beliau tidak dapat memastikan sama ada teknologi yang digunakan benar-benar mengesan struktur tersembunyi di bawah piramid.

“Mereka menggunakan pelbagai perisian analisis data proprietari yang canggih,” jelasnya lagi seperti yang dilapor Daily Mail.

BACA: Jangan Tersalah Beli, Ini Maksud Disebalik Label “CP” Pada Minyak Masak

Sumber: Daily Mail