Lelaki Maut “Ditelan” Lubang Benam Muncul Tengah Jalan Raya
Seorang lelaki terjatuh ke dalam lubang benam di tengah jalan raya ditemui maut di Seoul, Korea Selatan BBC News.
Menurut jabatan bomba tempatan, mangsa yang berusia lingkungan 30-an ketika itu sedang menunggang motosikal di jalan di daerah Gangdong sebelum jalan yang dilalui tiba-tiba runtuh pada jam 6.30 petang waktu tempatan semalam.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan dan menemui mayatnya pada kedalaman kira-kira 50 meter (164 kaki) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Sementara itu, seorang pemandu kereta yang terselamat bagaimanapun hanya dilaporkan cedera ringan.
Ketua balai bomba Gangdong, Kim Chang-seop berkata ketika ini punca lubang benam itu muncul masih dalam siasatan.
Katanya, terdapat 2,000 tan tanah dan air bercampur di dalam lubang tersebut.
@
Terdahulu, tular rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan detik-detik seorang penunggang motosikal jatuh ke dalam lubang, manakala sebuah kereta yang berada di hadapannya terselamat.
Sebanyak 223 lubang benam direkodkan berlaku di ibu negara itu dalam tempoh sedekad yang lalu.
Kejadian Serupa
Pada Januari lalu, seorang pemandu lori hilang selepas trak yang dipandunya terjatuh ke dalam lubang benam di sebuah persimpangan di bandar Yashio, Jepun.
Manakala pada Ogos 2024, seorang wanita hilang selepas terjatuh dalam lubang benang di pusat bandar Kuala Lumpur.
Sumber: BBC