Siakap Keli
warga malaysia paling cantik
Kredit: Bernama

Dah Pergi Lebih 100 Negara, Pelancong Puji Warga Malaysia Paling Cantik

Dah Pergi Lebih 100 Negara, Pelancong Puji Warga Malaysia Paling Cantik

Membesar dalam kalangan komuniti tempatan, tidak dapat dinafikan masyarakat kita mempunyai piawai kecantikan yang tersendiri. Ada yang menganggap warna kulit menjadi kayu ukur, ada juga yang memandang bentuk hidung atau mata sebagai tanda aras kecantikan seseorang.

Umum mengetahui, rata-rata piawai kecantikan yang menebal dalam masyarakat kita turut dipengaruhi rupa paras individu luar negara. Jika dahulu, kekacakan lelaki dan kecantikan wanita daripada negara barat mendapat sambutan, kini tidak lagi. Apabila gelombang Hallyu muncul, segelintir warga tempatan mula menjadikan rupa paras penggiat seni dari Korea Selatan sebagai kayu ukur.

Dalam menongkah arus pengaruh luar ini, masih ada yang menghargai kecantikan warga tempatan. Kebanyakan syarikat tempatan sudah mula mengetengahkan peragawan dan peragawati berwajah tempatan.

Namun, jarang kita dengar terdapat warga luar negara yang menjadikan rupa paras individu tempatan sebagai kayu ukur.

Tidak disangka, seorang pelancong dari Amerika Syarikat, Scottie, memuat naik satu nukilan yang memuji keindahan rupa paras warga Malaysia di laman Thread miliknya.

“Saya ingat lagi pertama kali datang ke Malaysia pada 2019, ketika duduk memerhati orang di sekitar taman di KLCC, terlintas di fikiran saya, semua orang di sini memang cantik.

“Walaupun sekarang saya dah melancong ke lebih 100 negara, saya masih rasakan sesetengah orang di KL memang paling cantik di dunia. Sampai sekarang saya masih memerhatikan orang sekeliling bila keluar,” akui lelaki berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga tempatan malu dengan pujian tersebut. Malah, ada juga warga maya yang bersetuju dengan kenyataan pelancong itu.

“Sebagai warga Malaysia yang sering melukis, saya akui warga tempatan memangnya cantik disebabkan ada keunikannya. Pelbagai dalam bentuk, saiz, warna, emosi dan peribadi,” ulas seorang warga maya.

“Saya pun buat macam tu (pemerhatian) dan sebagai seorang warga Malaysia, saya setuju. Saya dah tengok ramai orang cantik dari pelbagai kaum,” setuju seorang lagi.

https://www.threads.net/@chellakuttyscottie/post/DHiRSM6ScVi?xmt=AQGzv5e_oFrmAnjGnURU8S3ULVAaB13JaLzJ11RtcPP48Q

BACA: Penduduk Gempar Lingkaran Misteri Muncul Di Langit

Sumber: Thread @chellakuttyscottie

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.