Siap Ada Bentuk Orang, Meriah Tengok Satu Rumah Dihiasi Lampu ‘Liplap’
Kemeriahan menyambut Syawal semakin terasa tatkala lampu kelap-kelip atau sering kita gelar lampu ‘liplap’ mula dipasang di halaman rumah. Jika dahulu, pelita minyak tanah digunakan di mana-mana, namun kini lampu liplap menjadi pilihan.
Tidak hanya mempunyai pelbagai bentuk dan warna, malah lebih selamat untuk dipasang biarpun hanya mempunyai balkoni sekangkang kera. Ada yang menggantungkan lampu liplap di palang rumah, pintu, tingkap, malah turut melilitkannya di pokok.
Ada yang menganggap, tiada raya tanpa lampu liplap. Mungkin kata-kata itu yang menjadi pendorong buat seorang pemilik rumah untuk menghiasi hampir seluruh rumahnya dengan lampu liplap.
Seorang pengguna TikTok, Ira memuat naik rakaman rumah tersebut yang menunjukkan begitu meriah dengan cahaya bergemerlapan di dinding dan halaman. Menurut Ira ketika ditanya SK, rumah tersebut dikenal pasti berlokasi di Kampung Jepak, Bintulu.
“Ke tepi semua, rumah ni paling menonjol. Lampu liplap dia siap jadi orang,” kongsinya.

Tidak cukup dengan lampu yang digantung di tingkap, ada juga lampu yang dibuat menjadi bentuk seorang kanak-kanak perempuan berbaju kurung, siap bertudung.
Bulan sabit bersaiz besar turut menghiasi pagar rumah berkenaan.
Menjadi pintu gerbang utama, lampu liplap disusun membentuk perkataan ‘Selamat Hari Raya’. Boleh dikatakan tiada ruang halaman yang terlepas daripada dihiasi lampu liplap termasuk ruang meletak kereta. Barisan lampu menjadi atap bercahaya menerangi kereta yang diparkir.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya kagum melihat usaha dan kreativiti tuan rumah.
“Saya suka semangat begini. Bukan nak berlawan atau menunjuk, tapi semangat untuk menyambut perayaan dengan meriah itu ada. Sambut dengan cara yang moden. Walaupun tidak boleh bermain mercun, kemeriahannya ada,” puji warga maya.
“Dekat Sarawak paling meriah kalau raya. Rumah setiap kampung memang macam duduk dekat iCity. Berlawan-lawan lampu liplap diorang. Meriah sangat,” kongsi seorang yang lain.
@
BACA: Penduduk Gempar Lingkaran Misteri Muncul Di Langit
BACA: Penuh Warna-Warni, Lelaki Semangat Hias Koridor Kondo Sempena Puasa & Raya
Sumber: Ira