Yayasan Hasanah Anugerahkan Geran Buat 28 Pertubuhan Masyarakat Sivil untuk Memperkukuh Mata Pencarian dan Kesejahteraan Komuniti Terpinggir
SELANGOR, 26 Mac 2025 – Yayasan Hasanah (“Hasanah”), yayasan berasaskan impak terkemuka Malaysia, telah menganugerahkan Geran Khas Hasanah (HSG) 2024 kepada 28 pertubuhan masyarakat sivil (CSO) di bawah fokus Pembangunan Komuniti. Geran ini menyokong inisiatif yang menangani pembasmian kemiskinan, kesaksamaan gender, kelestarian alam sekitar, pendidikan, dan ketahanan ekonomi—selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Para penerima geran terpilih akan melaksanakan model inovatif Pendekatan Berasaskan Komuniti atau Community-Based Approach (CBA) untuk membangunkan komuniti terpinggir dengan menambah baik keterjaminan pendapatan, kesihatan, kesejahteraan, pendidikan, pembangunan kemahiran (termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)), serta mengukuhkan kepimpinan komuniti dan kerjasama industri. Tumpuan kepada kelompok terpinggir ini mewujudkan impak jangka panjang, sekaligus merangkumi pelbagai sasaran SDG. Intervensi ini dijangka bakal memberi manfaat kepada 1,952 individu dan menjana 521 peluang pekerjaan.
“Di Hasanah, kami memahami setiap komuniti menghadapi cabaran mereka tersendiri. Sesuatu penyelesaian itu tidak semestinya boleh diguna pakai untuk semua. Justeru, kami menyokong organisasi yang mendengar suara komuniti, serta berganding bahu mencipta penyelesaian yang mencerminkan keperluan dan aspirasi sebenar komuniti itu,” ujar Siti Kamariah Ahmad Subki, Pemegang Amanah & Pengarah Urusan Yayasan Hasanah. “Geran ini bukan sekadar bantuan kewangan—ia sebuah pelaburan untuk memupuk daya tahan, mengangkat maruah, dan menyemai harapan untuk komuniti membentuk masa depan mereka sendiri.”
Sejak penubuhannya, Hasanah telah bekerjasama dengan 674 rakan kolaborasi, menjangkau 3.47 juta individu di seluruh negara melalui inisiatif dalam Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar, Seni & Ruang Awam, serta Pengetahuan. Dengan sokongan Kementerian Kewangan Malaysia, Geran Khas Hasanah (HSG) akan terus berkembang untuk memperkasakan lebih banyak lagi komuniti yang memerlukan.
Antara penerima geran 2024 adalah organisasi yang berkhidmat untuk kelompok terpinggir seperti komuniti B40, individu dalam pemulihan ketagihan dadah (Komited Malaysia), dan banduan parol (Saora Industries). Organisasi seperti Good Shepherd Services pula menangani isu kemiskinan tegar di daerah seperti Tongod—salah satu daerah termiskin di Malaysia. Selain itu, projek-projek lain seperti The Forest Transformation Malaysia Earthworm memperkasakan komuniti Orang Asli di Pahang melalui pertanian pelbagai dan eko-pelancongan, manakala Ana CB Enterprise menyokong wanita B40 di Baling, Kedah, dengan memberikan kemahiran menjahit lanjutan dan latihan perniagaan bagi memupuk kemandirian ekonomi. Sementara itu, Carsome Academy Sdn Bhd mempersiapkan belia luar bandar untuk pekerjaan dalam sektor automotif. Kesemua projek ini menzahirkan komitmen Hasanah untuk memupuk daya tahan, pemerkasaan ekonomi, dan pertumbuhan komuniti yang lestari.
Hasanah terus komited untuk mengubah kehidupan dengan membolehkan transformasi di peringkat akar umbi, serta menggalakkan pembangunan inklusif di semua lapisan masyarakat. Berikut adalah 28 penerima geran tersebut:
-
Malaysian AIDS Council – Shelter Home: Transition with Dignity
-
Pertubuhan Prihatin Ikhtiar Ihsan (Ikhtiar Ihsan Care) – Program Pemerkasaan & Kelesterian Ekonomi Golongan OKU Wanita
-
Earth Heir Partners Sdn. Bhd. – Sustain.Me 2.0
-
The Forest Transformation Malaysia (a.k.a. Earth Worm Foundation) – Economic Resilience Program for Orang Asli Community and Farmers in Pahang
-
Komited Malaysia – KaciK 1998 Food Court: Program Integrasi Sosial
-
Ana CB Enterprise – Sewing Training Course for Men and Women’s clothing for the Rural Community in Baling
-
QF4 Tech Asia Sdn. Bhd – Income Generation Program through e-Commerce Platform specially for B40 Women Entrepreneurs
-
Comfort Aged Care Group PLT – Community Hydroponic Farming for the Elderly, Underprivileged & Unemployed Youth
-
Women of Will – Empowering Low-income communities through Entrepreneurship and Leadership
-
Saora Industries Sdn Bhd – Heads Up: Supporting Parolee Job Placement
-
Me.reka Innovative Education Sdn Bhd – Empowering Youth for Career Advancement & Economic Resilience
-
Persatuan Ziarah Qaseh Wanita Sabah (Zeqwa) – Economic Empowerment Project for Rural Women Community in Kota Belud, Sabah.
-
UNIMAS Holdings Sdn Bhd – Projek Pengurusan Lepas Tuai Kopi di Kampung Long Selapun
-
UMK Holdings Sdn Bhd – Kursus Rope Access
-
Good Shepherd Services – Intensifying Rural Women’s Leadership and Economic Empowerment for Transformative Change in the District of Tongod, Sabah
-
Sarawak Skills – Paddy Cultivation Project at Tawang Baa
-
Malaysian Society for Harm Reduction (MSHR) – Implementing Community Driven Substance Abuse Prevention Interventions for Minor
-
Thrive Well Sdn Bhd – Empowering Ambassadors, Enhancing Wellbeing of B40 Women and Wider Communities
-
Primus Wellness Life Resources Sdn Bhd – Pasar Pintu 2.0
-
Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) – Youth Development Strategy: Youth Train and Place Upskilling Program
-
Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah – Healthy Food Entrepreneurship Program
-
Carsome Academy – EMPOWERYOUTH+
-
Nicol David Organisation – Ibu Legends
-
Urbanest Sdn Bhd – Building a Resilient and Inclusive PPR Community through Income Generation
-
Fat Bidin Sdn Bhd – Stateless at Sea: Empowering the Bajau Laut Community through filmmaking skills
-
Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia) – Resilient Living Lab: Community-based Nature-based Solutions
-
Epic Homes – Project Xchange
-
Persatuan Kebajikan Petani Maju Jaya Sibu (Petani Maju) – Pertanian Bersepadu Sayuran Jenis Buah Secara Organik


