Siakap Keli
Aliran Trafik WCE Terus Meningkat, Lebih 170,000 Kenderaan Sehari Dijangka Sepanjang Musim Perayaan
Gambar Hiasan

Aliran Trafik WCE Terus Meningkat, Lebih 170,000 Kenderaan Sehari Dijangka Sepanjang Musim Perayaan

Aliran Trafik WCE Terus Meningkat, Lebih 170,000 Kenderaan Sehari Dijangka Sepanjang Musim Perayaan

KLANG, 27 Mac 2025 – Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mencatat peningkatan aliran trafik yang ketara sejak Isnin lalu, dengan jumlah purata kenderaan harian (ADT) terus meningkat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Berdasarkan trend semasa, lebih 170,000 kenderaan sehari dijangka menggunakan lebuh raya ini sepanjang musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, “Kami menghargai kepercayaan para pengguna yang memilih WCE untuk perjalanan pulang ke kampung halaman. Lonjakan trafik dijangka bermula hari ini hingga 30 Mac dan kembali meningkat pada 5 hingga 6 April 2025, dengan unjuran trafik melebihi 170,000 kenderaan sehari. Keselamatan dan keselesaan pengguna kekal menjadi keutamaan kami sepanjang tempoh ini.”

Nasihat Perjalanan untuk Pengguna WCE

Bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selamat, WCE menasihatkan pengguna lebuh raya untuk:

  • Rancang perjalanan lebih awal – Elakkan waktu puncak, terutama pada hari sebelum raya.
  • Gunakan aplikasi ‘WCE App’ untuk mendapatkan kemas kini trafik secara langsung.
  • Berhenti rehat di hentian sebelah atau R&R sekiranya letih.
  • Pastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.
  • Patuhi had laju dan peraturan jalan raya demi keselamatan semua.
  • Kemudahan pengecas kenderaan elektik (EV) turut disediakan di beberapa lokasi hentian sebelah WCE antaranya SAE, Assam Jawa, Trong, Taiping Selatan.

Komitmen WCE untuk Keselesaan Pengguna

Sebagai persediaan menghadapi lonjakan trafik, WCE telah menambah bilangan pasukan rondaan untuk memastikan kelancaran perjalanan dan memberikan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan. Beberapa lokasi utama seperti R&R Sungai Nyior dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya kini beroperasi sepenuhnya untuk kemudahan pelanggan lebuh raya.

“Kami menggalakkan semua pengguna lebuh raya untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan bertimbang rasa ketika memandu dalam tempoh yang sibuk ini,” tambah Lyndon. “Dengan perancangan awal dan pematuhan kepada panduan perjalanan, kita dapat bersama-sama memastikan perjalanan yang lebih selamat dan selesa untuk semua.”

Untuk maklumat trafik terkini, ikuti saluran rasmi WCE di media sosial atau muat turun ‘WCE App’ di Apple App Store dan Google Play Store. WCE mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat memandu kepada semua pengguna lebuh raya.”

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.