Susulan wujudnya pertubuhan berunsur Komunis yang disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini, Tan Sri Rais Yatim yang juga bekas Yang di Pertua Dewan Negara membuat laporan polis terhadap pertubuhan berkenaan.
Rais berkata “walaupun pihak tertinggi dalam kerajaan berkata ini ribut dalam cawan, jangan, pada saya ini ribut dalam kawah.”
“Sebab saya melalui tahun 1948, walaupun masih kanak-kanak pada waktu itu tapi saya tahu bagaimana bintang 3 ‘memotong’ orang kampung saya pada waktu itu,”
“Barangkali itu tidak ada sekarang tapi boleh berlaku dalam suasana apabila sel tadi sudah semarak,” tambah beliau.
Menyokong tindakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, Ketua ARMADA bahagian Jelebu, Muhammad Adib Musa berkata sebagai sayap penggerak anak muda, ARMADA Jelebu tegas untuk menghalang gerakan berunsur komunis menyerap di negara ini yang sudah 68 tahun merdeka.
Tambahnya lagi, ARMADA bahagian Jelebu menyarankan agar semua pergerakkan sayap muda Parti Melayu mempunyai prinsip menolak gerakan komunis ini.
ARMADA Jelebu juga yakin PDRM akan menyiasat perkara ini dengan adil serta mengikut lunas perundangan yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.