Siakap Keli
Kredit: Bernama

Masjid Madani Diharap Jadi Pusat Komuniti Umat Islam Dan Masyarakat Setempat – PM Anwar

Masjid Madani Diharap Jadi Pusat Komuniti Umat Islam Dan Masyarakat Setempat – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Masjid MADANI yang akan dibangunkan di Jalan Masjid India di sini, menjadi pusat komuniti setempat kepada umat Islam dan masyarakat di sekitar ibu kota.

Berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI hari ini, beliau berkata masjid empat tingkat yang berkeluasan 12,142 kaki persegi itu, turut mengandungi kemudahan seperti ruang perpustakaan, dewan persidangan, ruang seni dan budaya untuk memperkenalkan Islam kepada orang ramai.

“Masjid ini tidak hanya memberikan maksud masjid di tengah kota yang memberikan satu falsafah tentang pembangunan kita berakar kepada akidah Islam, yang meletakkan nilai dan akhlak yang baik, berusaha menghimpunkan umat Islam, tetapi juga merangkul dan menunjukkan kasih sayang kepada manusia di sekeliling.

“Fadillah (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof) pun sebut dia cadangkan supaya ada ruang budaya, seni, tempat masyarakat berkumpul di masjid ini sebab ini masjid kota dan supaya rakan-rakan bukan Islam tak rasa kekok, kenal Islam yang sederhana, Islam yang penuh dengan rahmah dan hikmah,” kata beliau.

BACA: Pelajar Perlu Pakai Lencana Jalur Gemilang, Diberi Secara Percuma

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.