CB & TL Perkenal Iced Pistachio Chocolate, Minuman Viral Untuk Raya!
The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CB&TL) kini memperkenalkan minuman terbaru yang pasti mencuri perhatian, Iced Pistachio Chocolate, terinspirasi daripada trend viral Dubai Chocolate Bar yang menggabungkan rasa pistachio dan coklat untuk pengalaman rasa yang lebih mewah dan menyegarkan.
Menurut Pink Fong, Pengarah Pemasaran Serantau MYSG, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, “Di CB&TL, kami sentiasa mencari cara untuk membawa inovasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Iced Pistachio Chocolate adalah bukti komitmen kami dalam menyajikan rasa baharu yang diinspirasikan daripada trend global. FOMO itu nyata. Nikmati sensasi minuman terbaru kami ini khas buat mereka yang menggemari manisan istimewa musim Raya ini.
Eksklusif Untuk Masa Terhad!
Buat penggemar kopi dan minuman manis, Iced Pistachio Chocolate hanya akan tersedia dari 3 April hingga 28 April sahaja. Lebih menarik, ahli MyCBTL boleh menikmati promosi eksklusif Beli 2 Percuma 1 untuk minuman Iced Pistachio Chocolate, Pistachio Ice Blended®, atau Date Ice Blended® sepanjang tempoh promosi ini. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Lebih Mudah Dengan 21 Lokasi Pandu Lalu
CB&TL juga terus mengembangkan rangkaian café pandu lalu mereka untuk kemudahan pelanggan, terutamanya bagi mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Dengan 21 lokasi pandu lalu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, termasuk Petron R&R Rawang Drive-Thru yang akan beroperasi 24 jam dari 28 Mac hingga 1 April, minuman kegemaran anda kini lebih mudah dinikmati.
Sebagai penghargaan buat pelanggan yang pulang ke kampung, CB&TL turut menawarkan kopi percuma. Dari 28 Mac hingga 2 April, setiap pembelian bagel akan disertakan dengan Brew of the Day secara percuma.
Pink turut menambah, “Kami mahu memastikan semua yang dalam perjalanan pulang untuk beraya dapat menikmati sesuatu yang istimewa. CB&TL sedia menjadi sebahagian daripada perjalanan anda dengan akses pandu lalu yang cepat dan mudah.”
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Iced Pistachio Chocolate yang terhad ini dan nikmati perjalanan balik kampung dengan lebih bertenaga.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook, Instagram, TikTok, atau muat turun aplikasi MyCBTL di Apple App Store dan Google Play Store.