Laung Azan Maghrib Awal 3 Minit, DFC Puncak Alam Mohon Maaf
DarSA Fried Chicken (DFC) Puncak Alam, Kuala Selangor, memohon maaf kepada para pelanggan serta kakitangannya selepas berlaku kesilapan teknikal membabitkan laungan azan awal 3 minit di premis tersebut, 17 Mac lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, azan Maghrib pada hari tersebut telah dikumandangkan pada 7.26 malam, sedangkan waktu azan sebenar di Kuala Selangor adalah 7.29 malam, berdasarkan rujukan jadual rasmi dari JAKIM.
“Kami mengambil maklum bahawa kesilapan ini telah menyebabkan pelanggan kami berbuka puasa lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.
Azan dilaungkan awal 3 minit 17 Mac lalu, DFC mohon maaf kepada pelanggan
“Kami dengan penuh rasa tanggungjawab memohon maaf di atas kekhilafan ini dan amat menghargai kesedaran serta keprihatinan pelanggan yang telah memaklumkan perkara ini kepada kami,” kata DFC.
Sehubungan itu, pihak DFC juga telah menasihatkan pelanggan yang telah berbuka pada waktu 3 minit lebih awal itu untuk menggantikan puasa, bagi mematuhi hukum syarak.
Pihaknya juga telah mengambil langkah-langkah pembetulan bagi memastikan perkara ini tidak berulang, termasuk menyemak dan menyelaraskan waktu azan dengan jadual rasmi solat.
DFC berterima kasih di atas keprihatinan dan sokongan diberikan
“Kami menghargai kepercayaan anda terhadap DarSA Puncak Alam dan berkomitmen untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada semua pelanggan.
“Segala kesulitan amat dikesali dan kami berterima kasih di atas pemahaman serta sokongan anda.”
https://www.facebook.com/darsafriedchicken/posts/pfbid0gN8pJt2KojsFf3mqVbwosT18V3iLKDseVJqaFBDcuZJ1VTuyNwqB4SXNSWb7QXgWl
BACA: 6 Terbunuh, 9 Cedera Apabila Kapal Selam Pelancong Tenggelam Di Laut Merah Mesir
Sumber: DarSA Puncak Alam