Siakap Keli
air kolam atas bumbung
Kredit: Laman X

Air Kolam Atas Bumbung Bangunan Mencurah Ke Bawah Ketika Gempa

Air Kolam Atas Bumbung Bangunan Mencurah Ke Bawah Ketika Gempa

Bencana gempa bumi yang berpusat di Myanmar pada Jumaat menyaksikan ratusan telah terkorban dan cedera.

Jumlah itu belum lagi termasuk mangsa yang terlibat di Thailand serta negara-negara lain yang turut terkesan akibat gegaran gempa tersebut.

Malah, kematian di Thailand akibat kejadian itu mungkin meningkat susulan sebuah bangunan yang sedang dibina runtuh ketika bencana berlaku. Lebih 40 orang pekerja dilaporkan terperangkap di bawah bangunan itu.

Gempa 7.7 magnitud itu juga menyaksikan banyak kerosakan berlaku dan memaksa penduduk untuk keluar dari bangunan.

Di Bangkok, tular video yang memperlihatkan beberapa bangunan yang mempunyai kolam di atas bumbung ‘menumpahkan’ air. Ia kelihatan seperti air terjun yang jatuh mencurah daripada atas akibat gegaran.

https://x.com/Top_Disaster/status/1905545455364194747

https://x.com/MailOnline/status/1905568291168358462

https://x.com/DrSrushtiG/status/1905515721419063400

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan ‘penghuni’ di dalam semua bangunan itu.

Selain itu, penduduk telah mengosongkan bangunan dan perniagaan ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa sedang menilai kerosakan dan memantau gegaran susulan.

Terdahulu, Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, telah mengisytiharkan darurat dan mengerahkan kementerian yang terlibat untuk membantu mangsa-mangsa gempa.

Sumber: Laman X (1), (2)

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.