Kajian Dedah Lelaki Lebih Setia Kepada “Ini” Berbanding Pasangan
Sebuah syarikat penyelidikan gaya hidup yang berpangkalan di London, LonLyf mendedahkan lebih 75 peratus lelaki lebih setia kepada tukang gunting rambut mereka berbanding pasangan sendiri.
Satu kajian yang dijalankan dari September 2024 hingga Januari 2025 menunjukkan 60 peratus lelaki kekal menggunakan khidmat tukang gunting yang sama selama bertahun-tahun.
Berdasarkan kajian, majoriti lelaki mengakui bahawa tukang gunting sejak zaman kanak-kanak mereka masih menjadi pilihan utama untuk menguruskan gaya rambut.
Malah, ada yang sanggup kembali ke “kampung halaman” semata-mata untuk mendapatkan potongan rambut daripada tukang gunting yang dipercayai.
Kajian juga mendapati bahawa ramai lelaki menganggap menukar tukang gunting sebagai sesuatu yang menyusahkan dan “memberi tekanan emosi”.
Rasa tidak selesa untuk mencuba tukang gunting baharu menyebabkan mereka tetap setia kepada yang lama.
Mengapa lelaki susah tukar tukang gunting?
Terdapat beberapa faktor utama yang menjelaskan “kesetiaan” ini, antaranya:
1. Perkhidmatan yang konsisten – Tukang gunting yang sudah biasa dengan pelanggan dapat memberikan potongan rambut yang memuaskan setiap kali.
2. Kepercayaan dan hubungan peribadi – Ramai lelaki berasa lebih selesa dengan tukang gunting yang memahami gaya pilihan mereka tanpa perlu memberi arahan berulang kali.
3. Takut hasil tidak memuaskan – Sekitar 30 peratus lelaki tidak percaya kepada tukang gunting baharu kerana bimbang gaya rambut mereka tidak seperti yang diharapkan.
4. Mudah dan kebiasaan – 45 peratus lelaki mengelak daripada menukar tukang gunting kerana tidak mahu bersusah payah menjelaskan gaya rambut mereka setiap kali bertukar tempat.
Menariknya, kedai gunting bukan sekadar tempat untuk menguruskan penampilan, tetapi juga menjadi “ruang sosial” bagi lelaki.
Ramai yang melihat tukang gunting mereka sebagai seorang pendengar setia, tempat untuk berbual dan berkongsi cerita.
BACA: Kenali Mahram Kita Di Hari Raya
BACA: Bukan Calang-Calang, Begini Ujian Pemilihan Anggota SMART
BACA: Lagi, Gempa Bumi Gegar Myanmar
Sumber: TV47 Digital