Pelancong ‘Wajib’ Buat Benda Ni Sebelum Ke Thailand
Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand sedang mempersiapkan untuk memperkenalkan borang imigresen TM6 dalam bentuk digital, yang akan diwajibkan kepada semua ketibaan asing ke Thailand mulai 1 Mei 2025.
Walaupun begitu, kerajaan Thailand enggan mula mengutip bayaran pelancongan sebanyak 300 baht (sekitar RM39) tahun ini.
Pada 15 April 2024, kabinet Thailand telah menggantung sementara penggunaan borang TM6, dan tempoh penangguhan tersebut akan berakhir pada 30 April.
Setelah itu, versi digital TM6 dikenali sebagai Thailand Digital Arrival Card (TDAC) akan menggantikan borang berasaskan kertas, kata Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Sukan, Natthriya Thaweevong.
Menurutnya, borang dalam talian ini dijangka dapat membantu mengesan pelancong semasa berada di Thailand.
Ini sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan negara ini di tengah usaha untuk menangani persepsi negatif.
Apa yang ramai perlu tahu tentang TDAC
TDAC adalah borang dalam talian yang dibangunkan untuk menggantikan kad ketibaan berasaskan kertas, bertujuan untuk memudahkan semua warga asing yang memasuki Thailand melalui udara, darat atau laut.
Ia digunakan untuk mengemukakan maklumat ketibaan dan butiran pengisytiharan kesihatan, seperti yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam Thailand, sebelum tiba di negara tersebut.
Semua warga asing yang memasuki Thailand diwajibkan mengisi TDAC sebelum ketibaan mereka, kecuali:
- Warga asing yang dalam perjalanan transit atau pemindahan di Thailand tanpa melalui kawalan imigresen.
- Warga asing yang memasuki Thailand menggunakan Pas Sempadan.
Warga asing dinasihatkan untuk mengisi maklumat kad ketibaan mereka tiga hari sebelum ketibaan di Thailand, termasuk tarikh ketibaan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan TDAC, warga asing boleh mengakses laman web Jabatan Imigresen Thailand di sini.
Anda boleh memilih untuk mengemukakan atau mengemas kini maklumat anda.
Berikut adalah maklumat yang perlu disediakan sebelum mengemukakan TDAC:
- Maklumat Pasport
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Perjalanan
- Maklumat Penginapan di Thailand
- Maklumat Pengisytiharan Kesihatan
BACA: “Hero” Operasi Padam Kebakaran Dahsyat Di Putra Heights Jadi Tumpuan
BACA: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 3 Hingga 9 April
BACA: Pemuda Dakwa Hidupnya ‘Hancur’ Gara-Gara Nama Yang ‘Unik’
Sumber: TDAC, Bangkok Post