Tinjauan Tawaran Selam Skuba Agoda 2025: Destinasi Tempatan Lebih Digemari Warga Malaysia Walaupun Indonesia No.1 di Asia
MALAYSIA, 7 April 2025 – Platform pelancongan digital Agoda telah mengumumkan hasil tinjauan “Tawaran Selam Skuba 2025” yang memberikan gambaran tentang pilihan dan faktor pendorong para penggemar selam skuba di seluruh Asia. Merangkumi destinasi idaman dan juga bajet perjalanan, tinjauan ini mengetengahkan trend yang membentuk landskap pelancongan yang melibatkan selam skuba.
Hasil tinjauan yang meliputi 11 buah pasaran di Asia ini memperlihatkan betapa pentingnya rantau ini sebagai destinasi utama aktiviti menyelam skuba, khususnya di Asia Tenggara. Dengan adanya pelbagai lokasi menyelam, Asia Tenggara terus menarik minat para penyelam dengan ekosistem marin yang kaya serta landskap dasar laut yang indah.
Hasil tinjauan “Tawaran Selam Skuba Agoda” ini membongkar perubahan cita rasa dalam kalangan penyelam dengan memberikan gambaran menyeluruh tentang faktor-faktor pendorong yang mempengaruhi keputusan mereka untuk pengembaraan ke dasar laut.
- Indonesia menjadi destinasi selam skuba idaman ramai, namun warga Malaysia lebih menggemari destinasi tempatan
Indonesia muncul sebagai destinasi selam skuba yang paling popular dalam kalangan pelancong Asia. Negara ini terkenal dengan biodiversiti marin dan terumbu karang yang menakjubkan. Ia mendahului negara-negara lain seperti Filipina, Thailand, Malaysia, dan Vietnam, yang secara kolektif memperlihatkan daya tarikan rantau ini untuk aktiviti selam skuba.
Sementara itu, para penyelam Malaysia turut menghargai keindahan khazanah marin tempatan dengan mengangkat Malaysia sebagai destinasi selam skuba pilihan utama mereka, mendahului Indonesia, Thailand, Filipina, dan Vietnam.
- Relaksasi di dasar laut ialah faktor pendorong utama
Bagi kebanyakan penyelam, lautan menawarkan tempat perlindungan untuk melepaskan stres. Hampir satu pertiga (30%) responden menyatakan relaksasi sebagai sebab utama mereka menyelam. Faktor pendorong ini amat ketara dalam kalangan penyelam dari Filipina, Malaysia, dan Thailand. Meneroka hidupan marin juga meraih kedudukan yang tinggi sebagai faktor pendorong, dengan 24% penyelam tertarik terutamanya kepada keindahan hidupan lautan.
- Harga berpatutan diutamakan, bajet lebih besar.
Meskipun kemampuan harga menjadi faktor paling penting bagi responden dalam memilih tempat penginapan, mereka sanggup mengeluarkan lebih banyak wang untuk aktiviti menyelam skuba. Sebanyak 40% responden menyatakan mereka membelanjakan 15-30% lebih tinggi untuk percutian menyelam berbanding percutian biasa.
- Tempoh percutian menyelam skuba lazimnya 4-7 hari
Percutian singkat menjadi pilihan utama bagi mereka yang menggemari aktiviti selam skuba, dengan hampir separuh (48%) penyelam memilih perjalanan 4-7 hari. Perjalanan hujung minggu juga mendapat sambutan, dipilih oleh 41% responden. Data ini menunjukkan minat yang tinggi terhadap percutian menyelam yang singkat dan padat, sesuai untuk mereka yang sibuk. - Terumbu karang menjadi tumpuan utama penyelam
Menyelam di kawasan terumbu karang muncul sebagai pilihan utama dalam kalangan penyelam skuba, dengan 75% responden menyatakan minat mereka untuk meneroka di kawasan ini. Ekosistem yang kaya dan keindahan terumbu karang pelbagai warna di Asia mengukuhkan statusnya sebagai kawasan menyelam yang mesti dikunjungi oleh semua peminat hidupan marin.
Fabian Teja, Pengarah Negara untuk Malaysia dan Brunei di Agoda berkongsi, “Rantau Asia mempunyai banyak destinasi selam skuba yang paling popular di dunia dan kekal menjadi kegemaran dalam kalangan penyelam. Di Agoda, kami bersemangat untuk membantu pelancong memperolehi pengalaman yang menakjubkan ini. Dengan menawarkan tawaran hebat untuk penginapan, penerbangan, dan aktiviti liburan, kami berusaha untuk menjadikan pengembaraan ke dasar laut lebih mudah dengan harga berpatutan untuk semua.”
Bermula 1 April, program Tawaran Selam Skuba Agoda (Agoda’s Scuba Deals) menawarkan diskaun tambahan 10% untuk hotel yang menyertai kempen ini di destinasi menyelam di seluruh Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam. Untuk maklumat lanjut, layari www.agoda.com/scubadeals.