Siakap Keli
gunung semeru meletus
Kredit: Kompas

Gunung Semeru Meletus 3 Kali, Kini Berada Di Tahap Waspada

Gunung Semeru Meletus 3 Kali, Kini Berada Di Tahap Waspada

Indonesia – Pos Pemerhatian Gunung Berapi (PPGA) Semeru di Gunung Sawur melaporkan letusan Gunung Semeru yang berlaku sebanyak tiga kali dalam tempoh 11 minit pada Selasa, lapor Kompas.

Letusan yang berlaku pada jam 8.47 WIB memuntahkan kepulan abu setinggi 400 meter dari puncak, menghala ke arah barat daya. Dua minit kemudian, Gunung Semeru meletus sekali lagi tepat jam 8.49 WIB dengan kepulan abu setinggi 600 meter, juga menghala ke arah barat daya.

Letusan ketiga dilaporkan berlaku pada jam 8.58 WIB iaitu sembilan minit selepas letusan kedua berlaku. Letusan ketiga ini berintensiti sederhana dengan penghasilan kepulan abu setinggi 400 meter dari puncak menghala ke arah barat daya.

Kejadian ini disahkan oleh pegawai PPGA Semeru, Liswanto dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain daripada ketiga-tiga letusan tersebut, terdapat dua lagi letusan yang berlaku kira-kira jam 1.38 dan 10.33 WIB. Letusan ini tidak dapat dilihat disebabkan kabus yang meliputi gunung tersebut.

BACA: Dakwaan Kes Buli Di MRSM, Pelajar Terlibat Akan Dikenakan Tindakan Tegas

Menurut Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Wilayah Lumajang, Yudhi Cahyono, status aktiviti Gunung Semeru berada pada Tahap II atau berjaga-jaga setakat ini.

Namun begitu, warga tempatan dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti di lokasi berisiko sepanjang Besuk Kobokan iaitu lapan kilometer dari puncak. Selain daripada itu, warga tempatan juga dilarang daripada menjalankan sebarang aktiviti di sekitar 500 meter dari tebing sungai sepanjang lokasi berkenaan. Hal ini berikutan orang awam berpotensi terkena aliran awan panas dan lahar akibat letusan yang mampu mengalir sejauh 13 kilometer dari puncak.

Tambahan lagi, keadaan cuaca hujan lebat yang sering melanda sekitar Gunung Semeru berisiko menyebabkan berlaku banjir lahar.

“Peka dengan potensi kejatuhan awan panas (APG), runtuhan lahar dan lahar sepanjang sungai. Ia mungkin berasal daripada puncak Gunung Berapi Semeru,” kata beliau.

Sumber: Kompas

BACA: Lelaki Tular Berlari Tanpa Pakaian Alami Masalah Mental – Polis

BACA: Kebakaran Putra Heights: SPANCO Sumbang 55 Motosikal Kepada Mangsa – Loke

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.