KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Raya bukan sekadar musimperayaan bagi penjual Shopee—ia adalah peluang jualanterbesar sepanjang tahun dan berkait rapat dengan aspirasiperibadi dan perniagaan mereka. Menurut Kajian Trend Penjual Shopee Raya 2025, 9 dalam 10 penjual mengalamilonjakan jualan yang ketara dalam tempoh ini, dan hampirseparuh menganggapnya sebagai musim yang paling menguntungkan.
Apabila ditanya, 60% penjual berkongsi bahawa motivasiutama mereka adalah untuk menjamin kestabilan kewangankeluarga, manakala 30% melihat musim Raya sebagai peluangpenting untuk mengembangkan perniagaan untuk jangka masa panjang. Baki penjual yang lain pula didorong oleh keinginanuntuk menawarkan produk berkaitan Raya yang bermakna dan dapat menyerikan sambutan pelanggan.
Dalam merebut peluang musim Raya, para penjual telahmenggunakan pelbagai alat dan ciri yang disediakan oleh Shopee secara strategik untuk menjangkau lebih ramaipelanggan dan meningkatkan penglibatan. Setiap penjual aktifmenggunakan ciri insentif pembeli seperti Shopee Ads, Shopee Coins dan baucar untuk memastikan lebih keterlihatandalam kalangan pembeli untuk produk mereka. Sementara itu, 8 dalam 10 penjual memanfaatkan ciri Shopee Live dan Shopee Video, yang memainkan peranan penting dalammerangsang lonjakan jualan. Penjual mengiktiraf keberkesananalat berasaskan kandungan ini untuk membina hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan serta meningkatkanketerlihatan jenama. Program Shopee Affiliate turut membantumemperluaskan jangkauan melalui cadangan ahli affiliate dan pempengaruh yang dipercayai.
Shopee Live dan Shopee Video menjadi pemangkin utamakepada pertumbuhan pesat ramai penjual. Dengan menggunakankedua-dua ciri ini, penjual dapat mencatat lonjakan ketara dalamprestasi jualan mereka. Salah seorang daripada mereka ialahMohd Naimran Nordin, pengasas Adnaa, yang menganggapRaya sebagai masa untuk meraikan tradisi dan keluarga melaluifesyen. Diinspirasikan oleh isteri dan anak-anaknya, Naimranmembangunkan Adnaa sebagai jenama yang terkenal denganpakaian tradisional yang elegan dan mampu milik, sesuai untukkeluarga yang ingin bergaya pada musim perayaan.
“Ciri siaran kandungan Shopee menghidupkan rekaan kami dan membantu pelanggan melihatkualiti dan potongan pakaian secaralangsung. Gabungan penstrimanlangsung, kandungan video pendek, dan pemasaran melaluiahli affiliate membolehkan kami menjangkau lebih ramai pembeli. Shopee Live membolehkan kami berinteraksi secara peribadi, Shopee Video menyerlahkan ketelitian rekaan kami, dan Shopee Affiliate membantu kami berkembang melalui cadangan yang dipercayai. Musim Raya ini, jualan kami meningkat lebih170%—tetapi yang lebih penting, kami membantu keluargatampil yakin dan bergaya ketika menyambut lebaran,” kata Naimran.
Shopee Live menjadi pemacu utama kejayaan Adnaa, selaridengan dapatan kajian yang menunjukkan 45% penjualmenggunakannya untuk demonstrasi produk dan sesi soal jawab. Melalui sesi penggayaan melalui penstriman langsung, Adnaamencatat peningkatan jualan sebanyak 116% yangmembolehkan pelanggan bertanya soalan dan melihat produkdengan lebih dekat. Shopee Video pula menyokong penceritaanjenama mereka, dengan menampilkan video di sebalik tabir dan sorotan koleksi yang membantu membina kepercayaanpelanggan. Shopee Affiliate turut memainkan peranan pentingdengan meningkatkan jualan sebanyak 227% hasil daripadasokongan rakan niaga dan pencipta kandungan yang memperkenalkan jenama kepada khalayak lebih luas.
Bagi Asikin Arifin dan Ahmad Faiq Shafiq, pengasas AsikinAhmad — jenama yang dikenali dengan gabungan gayatradisional dan kontemporari—musim ini bukan sekadarmemenuhi pesanan, tetapi peluang utama untukmengembangkan perniagaan. Dengan pelancaran koleksi Raya yang dirancang secara strategik, mereka mencatat peningkatanjualan sebanyak 124% berbanding bulan sebelumnyasepanjang tempoh kempen. Untuk memaksimumkan capaian, mereka menggunakan strategi impak tinggi termasuk Shopee Live, Shopee Video dan program Shopee Affiliates bagimengekalkan keterlihatan dan penglibatan pelanggan sepanjangmusim perayaan.
“Raya adalah peluang keemasan kami untuk berkembang, dan alat perniagaanyang disediakan oleh Shopee membantukami berhubung dengan lebih ramaipelanggan. Melalui sesi strim langsung, isikandungan video yang menarik dan kerjasama bersama ahli affiliate, kami berjaya menjangkau lebih ramai penontondan kekal dalam radar pelanggan sepanjangkempen,” kata Asikin.
Shopee terus komited dalam menyediakanalat dan sokongan perniagaan yang diperlukan oleh para penjualuntuk mengembangkan perniagaan mereka. Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysiaberkata, “Musim Raya ini, kami melihat penjual memanfaatkanalat digital untuk berhubung dengan pembeli secara lebihbermakna. Shopee Live, Shopee Video dan rangkaian Shopee Affiliate terus mengubah cara jenama berinteraksi denganpelanggan dan membina kesetiaan. Namun, matlamat kami melebihi kejayaan bermusim—kami terus berinovasi untukmenyokong pertumbuhan jangka panjang penjual melaluipenyelesaian yang memperkasakan mereka untuk berkembangdengan yakin.”
Dengan e-dagang memainkan peranan yang semakin pentingdalam ekonomi, Shopee komited untuk terus menambah baikplatform, menawarkan program latihan penjual sertamemperkenalkan alat siaran kandungan yang membantuperniagaan kekal relevan dan berdaya saing dalam landskapdigital yang sentiasa berubah