Arsenal “Tibai” Raja UCL Di Emirates
Dua gol sepakan percuma pemain kebangsaan England, Declan Rice membantu kemenangan 3-0 Arsenal ke atas juara bertahan Real Madrid dalam perlawan suku akhir pertama Liga Juara-Juara- Eropah (UCL) awal pagi tadi, lapor Stadium Astro.
Meskipun separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, anak-anak buah Mikel Arteta bangkit dengan tiga gol di hadapan penyokong sendiri pada babak kedua.

Gol Cantik Rice
Thibaut Courtois kaku apabila dua sepakan percuma daripada luar kotak penalti Rice menerjah ke gawang gol, sekaligus memusnahkan mimpi skuad kendalian Carlo Ancelotti membawa bekalan pulang ke Santiago Bernabeu nanti.
Penyerang tuan rumah, Mikel Merino terus menambah derita juara 15 kali UCL dengan gol ketiga
Lebih parah, La Casa Blanca juga terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas pemain tengah Perancis, Eduardo Camavinga, dilayangkan kad merah pada akhir permainan.
Beri harapan tinggi untuk mara peringkat seterusnya
https://x.com/Arsenal/status/1909711553055645792
Kemenangan ini memberikan langkah kanan buat The Gunners untuk ke ke separuh akhir UCL.
Untuk rekod, Rice merupakan pemain kelima yang berjaya menjaringkan dua gol menerusi situasi bola mati dalam UCL selepas Rivaldo, Cristiano Ronaldo (sewaktu bersama Manchester United), Neymar Jr dan Hakim Ziyech ketika menentang gergasi bola sepak dunia itu.
Sementara itu, turut berlangsung perlawanan di antara Bayern Munich dengan Inter Milan, menyaksikan tuan rumah tewas 1-2 kepada Inter.
Sumber: Stadium Astro