Siakap Keli
KPKT Menyiapkan Pelan Tindakan Pemulihan Dan Pembinaan Semula Rumah Mangsa Insiden Putra Heights
Gambar Hiasan

KPKT Menyiapkan Pelan Tindakan Pemulihan Dan Pembinaan Semula Rumah Mangsa Insiden Putra Heights

KPKT Menyiapkan Pelan Tindakan Pemulihan Dan Pembinaan Semula Rumah Mangsa Insiden Putra Heights

Putrajaya, 9 April 2025 — Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memberikan perhatian serius terhadap insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights, Selangor pada 1 April 2025.

Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada mangsa-mangsa kejadian ini daripada Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan tersebut merangkumi bantuan wang tunai, bantuan sewa rumah transit, penyewaan kereta secara percuma, dan sebagainya.

Menteri KPKT Nga Kor Ming melawat tempat kejadian dan memberi peruntukan RM2 juta
kepada MBSJ untuk membaiki infrastruktur awam. Turut bersama adalah Datuk Bandar MBSJ, Datuk Amirul Azizan bin Datuk Seri Abdul Rahim.

Dalam pada itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi fokus utama kepada inisiatif pemulihan dan pembinaan semula rumah-rumah yang terjejas akibat kebakaran tersebut.

Sehubungan itu, KPKT pada minggu lepas telah menubuhkan Special Task Force yang terdiri daripada semua agensi di bawah kementeriannya, khususnya agensi pelaksana iaitu Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Menteri KPKT Nga Kor Ming meninjau tapak kerosakan akibat kebakaran paip gas di
Putra Heights pada petang ini. Turut bersama Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham.

Task force berkenaan telah menghasilkan pelan tindakan untuk membaik pulih dan membina semula kediaman mangsa yang terjejas akibat kejadian kebakaran tersebut. Pelan tindakan berkenaan telah diserahkan kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.

Menteri KPKT Nga Kor Ming menyantuni dan memberi kata-kata semangat kepada
anggota bomba yang bertugas di tempat kejadian.

KPKT hari ini juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan bencana.

Pada masa yang sama, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan memberi bantuan penuh kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan bencana tersebut. Kerja-kerja pembersihan berkenaan akan dilaksanakan oleh kedua-dua agensi tersebut pada 12 dan 13 April 2025.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.