Siakap Keli
Sinar Lebaran: Sentuhan Kasih- Hotel Royal Kuala Lumpur Raikan Aidilfitri Bersama Anak-Anak Rumah Bakti Al Kausar

Sinar Lebaran: Sentuhan Kasih- Hotel Royal Kuala Lumpur Raikan Aidilfitri Bersama Anak-Anak Rumah Bakti Al Kausar

Sinar Lebaran: Sentuhan Kasih- Hotel Royal Kuala Lumpur Raikan Aidilfitri Bersama Anak-Anak Rumah Bakti Al Kausar

Kuala Lumpur, 9 April 2025 – Sempena sambutan Syawal yang mulia, Hotel Royal Kuala Lumpur telah menganjurkan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan “Sinari Lebaran: Sentuhan Kasih” bersama anak-anak dari Rumah Bakti Al Kausar. Majlis penuh bermakna ini berlangsung di Makan2 Coffee House, Hotel Royal Kuala Lumpur.

Seramai 30 anak-anak yatim dan penjaga mereka diraikan dalam suasana mesra dan penuh ceria. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengurus Besar Hotel Royal Kuala Lumpur, Puan Norizan binti Yaacob, barisan pengurusan kanan hotel, wakil media, serta beberapa artis tempatan yang turut menyumbangkan duit raya dan meluangkan masa beramah mesra bersama anak-anak.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan daripada Puan Norizan yang menekankan pentingnya nilai kemanusiaan, kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan. Anak-anak turut menceriakan suasana dengan persembahan lagu-lagu raya yang menyentuh hati para tetamu.

Sebagai tanda ingatan dan sokongan, setiap anak menerima sumbangan duit raya serta menikmati hidangan hi-tea dalam suasana yang penuh keceriaan. Kehadiran para selebriti menambahkan lagi kemeriahan dan semangat kekeluargaan pada majlis ini.

Menurut Puan Norizan, Majlis ini bukan sekadar sambutan Hari Raya, tetapi juga menunjukkan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Ia adalah simbol bahawa walau siapa pun kita, dari mana pun kita datang, kita semua adalah sebahagian daripada satu keluarga besar yang saling menyokong dan memerlukan.

Hotel Royal Kuala Lumpur terus komited dalam melaksanakan inisiatif sosial yang membawa impak positif kepada masyarakat. “Sinari Lebaran: Sentuhan Kasih” merupakan sebahagian daripada usaha berterusan hotel dalam mengukuhkan hubungan antara sektor korporat dan komuniti setempat.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.