Siakap Keli
7 jemaah umrah maut
Kredit: Detik

Tragedi Hantar Jemaah Umrah, 7 Maut Dalam Kemalangan

Tragedi Hantar Jemaah Umrah, 7 Maut Dalam Kemalangan

Indonesia – Tujuh orang termasuk seorang jemaah umrah maut apabila kenderaan jenis MPV bertembung dengan bas persiaran dari arah bertentangan dalam nahas yang berlaku di Jalan Raya Duduksampeyan, Gresik, Jawa Timur, lapor Detik.com.

Kemalangan ngeri antara kenderaan jenis Isuzu Panther dan bas Rajawali Indah itu menyaksikan enam mangsa kemalangan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Juanda bagi menghantar Muhammad Aqib, 27, yang bakal berangkat menunaikan umrah.

Ketika tiba di Jalan Raya Duduksampeyan, MPV berwarna biru itu didakwa terbabas ke kiri, kemudian melencong ke kanan sehingga melepasi pembahagi jalan.

Berikutan itu, MPV berkenaan bertembung bas persiaran yang datang dari arah bertentangan. Bas persiaran tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Gresik ke Lamongan.

Ketua Unit Penguatkuasaan Trafik Balai Polis Gresik, IPDA Andri Aswoko mengesahkan perkara tersebut.

“Kereta Panther itu dalam perjalanan dari Tuban menuju ke Lapangan Terbang Juanda. Mereka membawa salah seorang penumpang untuk menunaikan ibadah umrah,” maklum beliau.

BACA: “Tak Mudah,” Lebih 20 Tahun PJJ, Wanita Kongsi Coretan Sayu

Menurutnya, Allahyarham Aqib merupakan penduduk Kampung Tuwiri Wetan, Mangkurak, Tuban manakala enam penumpang lagi hanya mengiringi mangsa termasuk pemandu MPV tersebut.

“Yang bakal berangkat hanya seorang, lagi enam mangsa termasuk kanak-kanak hanya mengiringinya. Kesemua mereka disahkan meninggal dunia,” tambah beliau.

Beberapa orang mangsa cedera parah, termasuk pemandu bas dan penumpang yang mengalami patah tulang telah dibawa ke Hospital Wilayah Ibnu Sina bagi mendapatkan rawatan.

Sebelum dibawa ke hospital, konduktor bas, Eko Prakoso sempat memaklumkan perkara yang berlaku.

“Saya sedang mengutip (wang) daripada seorang penumpang apabila penumpang tersebut tiba-tiba menjerit. Kemudian, kemalangan itu terjadi,” katanya.

Sumber: Detik (1) (2)

BACA: Lima Warga Pakistan Terima Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

BACA: Tindakan Orang Ramai Bantu “Rider” Kutip Duit Atas Jalan Sentuh Hati

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.