Siakap Keli
Five Star Trading Cipta Kejayaan Dengan Tayangan Perdana Di Malaysia Filem Good Bad Ugly
@celebrity_photographymedia (Instagram)

Five Star Trading Cipta Kejayaan Dengan Tayangan Perdana Di Malaysia Filem Good Bad Ugly

Five Star Trading Cipta Kejayaan Dengan Tayangan Perdana Di Malaysia Filem Good Bad Ugly

Filem Tamil yang dinanti-nantikan, Good Bad Ugly, lakonan bintang legenda Padma Bhushan Ajith Kumar, kini meletup di pawagam Malaysia. Tayangan perdana filem ini berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 10 April di LFS PJ State, dianjurkan dengan meriah sekali oleh Five Star Trading. 

Disutradarai oleh pengarah sensasi Adhik Ravichandran, dan diedarkan eksklusif oleh Five Star Trading, filem ini berjaya mencetuskan gelombang keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat, media, dan penggiat seni tanah air yang hadir pada malam tersebut. 

@celebrity_photographymedia (Instagram)

Acara berprestij ini bermula seawal 6.30 petang, dan suasana sekitar LFS PJ State benar-benar membara dengan semangat dan sorakan para hadirin. Ramai tokoh penting industri turut hadir memeriahkan malam gemilang ini – antaranya En. Garunamurthee (Pengarah Urusan FST), Dato’ Mohamed Yusoff (CEO DMY Creations), Datuk Anand (CEO Antenna Entertainments), Dato’ Sri Gnanaraja, Dato Geethanjali G, dan Md Yahiya Bai (Pengerusi XGEN). 

@celebrity_photographymedia (Instagram)

Yang paling mencuri tumpuan, pastinya penampilan Darkkey Nagaraja untuk treler, legenda tempatan bergelar Raja Samba Rock! Dalam treler yang mencetuskan sensasi, munculnya Ajith Kumar bersama lagu ikonik “Puli Puli” ciptaan Darkkey – satu gabungan epik yang tidak disangka-sangka, tetapi amat disukai ramai! Treler ini sahaja telah mencatat 40 juta tontonan, membuktikan betapa besar impaknya dalam memperkenalkan Malaysia ke pentas antarabangsa. 

@celebrity_photographymedia (Instagram)

Filem ini juga disajikan dengan sari kata Melayu, memudahkan peminat tempatan untuk benar-benar menikmati setiap babak. Penonton yang hadir memberikan tepukan gemuruh, jelas menunjukkan kepuasan maksimum terhadap satu lagi persembahan memukau dari Thala Ajith!

@celebrity_photographymedia (Instagram)

Dr. Sai Suthan Krishnan, Pengurus Besar Five Star Trading, turut berkongsi rasa bangganya: 

“Kami berbesar hati untuk mengedarkan Good Bad Ugly lakonan Ajith Kumar di Malaysia. Filem ini adalah layanan istimewa daripada Thala Ajith kepada peminatnya, dan kami sangat teruja dengan sambutan yang menggalakkan. Saya mengucapkan terima kasih yang ikhlas kepada semua yang menghadiri tayangan perdana itu—ia adalah sesuatu yang menggembirakan melihat semua orang bergembira dan meraikan majlis besar ini,” katanya dengan senyuman puas. 

@celebrity_photographymedia (Instagram)

Kini, Good Bad Ugly sudah mula ditayangkan di seluruh Malaysia — dan percayalah, filem ini WAJIB TONTON untuk semua peminat sinema Tamil dan penggemar aksi Ajith Kumar. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini. 

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.