Siakap Keli
AI Tawar Peluang Pertumbuhan kepada Penjual eDagang Malaysia Walaupun Berdepan Cabaran Penggunaan, Menurut Laporan Lazada
Gambar Hiasan

AI Tawar Peluang Pertumbuhan kepada Penjual eDagang Malaysia Walaupun Berdepan Cabaran Penggunaan, Menurut Laporan Lazada

AI Tawar Peluang Pertumbuhan kepada Penjual eDagang Malaysia Walaupun Berdepan Cabaran Penggunaan, Menurut Laporan Lazada

Kuala Lumpur, 14 April 2025 – Lazada, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, hari ini menerbitkan laporan penyelidikannya bertajuk Bridging the AI Gap: Online Seller Perceptions and Adoption Trends in Southeast Asia (SEA). Dibangunkan dengan kerjasama Kantar, laporan ini meninjau 1,214 penjual eDagang dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam bagi mengkaji trend, cabaran serta peluang pengambilan AI—sekaligus memberikan gambaran tentang tahap kesediaan penjual untuk mengintegrasikan AI ke dalam operasi mereka.

Jurang yang nyata dalam pengetahuan, persepsi dan pelaksanaan di kalangan penjual dalam talian

Penyelidikan ini mendedahkan bahawa 69% penjual dalam talian di Malaysia menunjukkan tahap kefahaman yang tinggi terhadap AI, sejajar dengan purata serantau iaitu 68% yang membuktikan mereka mengetahui tentang kewujudan AI. Walaupun penjual di Asia Tenggara percaya bahawa mereka telah mengintegrasikan AI dalam 47% daripada operasi perniagaan mereka, kadar pengambilan sebenar hanyalah 37%. Di Malaysia, jurang ini lebih ketara di mana penjual menganggarkan kadar penggunaan AI sebanyak 30%, namun pelaksanaan sebenar adalah hanya 26%, jelas menonjolkan perbezaan antara persepsi dan penggunaan sebenar AI di negara ini.

Penjual dalam talian berdepan dilema dari segi menilai keberkesanan AI dan implikasi kosnya. Walaupun 89% penjual di Asia Tenggara mengakui peranan AI dalam meningkatkan produktiviti, namun hanya 77% penjual Malaysia berkongsi sentimen yang sama. Ini berbeza dengan persepsi terhadap kegunaan keseluruhan AI, di mana hanya 1 daripada 2 penjual di Malaysia kurang percaya terhadap manfaatnya, berbanding hampir dua pertiga (61%) penjual di Asia Tenggara yang berkongsi pandangan yang sama. Tambahan pula, walaupun 87% penjual di Malaysia bersetuju bahawa AI mampu menjana penjimatan kos dalam jangka masa panjang, hampir dua pertiga (64%) menyatakan bahawa kos yang tinggi dan pelaksanaan yang memakan masa sebagai penghalang penggunaan.

Penyelidikan ini juga mencadangkan kewujudan jurang dalam pengambilan, di mana penjual memahami kepentingan AI namun bergelut dengan penggunaan yang berkesan. Dengan cabaran dalam peralihan daripada proses manual kepada penyelesaian berasaskan AI, hampir semua penjual di Asia Tenggara (93%) bersetuju bahawa adalah penting untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja agar mereka boleh menggunakan AI dengan lebih produktif. Namun begitu, 3 daripada 4 penjual (75%) turut mengakui bahawa pekerja mereka masih lebih cenderung menggunakan alat atau kaedah yang mereka biasa gunakan, berbanding penyelesaian baharu berasaskan AI. Di Malaysia, kepentingan peningkatan kemahiran untuk AI adalah pada kadar 89%, walaupun majoriti penjual (67%) masih menunjukkan bahawa pekerja mereka lebih selesa menggunakan cara bekerja yang telah terbukti berkesan dan biasa digunakan.

Perbandingan tahap kesediaan AI di Malaysia berbanding Asia Tenggara

Di seluruh rantau ini, Indonesia dan Vietnam mendahului dengan 42% kadar penggunaan AI merentas fungsi perniagaan, manakala Singapura dan Thailand mengikut rapat pada 39%, diikuti oleh Filipina pada 32% dan Malaysia pada 26%. Berdasarkan tahap penggunaan AI merentas lima aspek utama operasi perniagaan bagi penjual, iaitu operasi dan logistik, pengurusan produk, pemasaran dan pengiklanan, khidmat pelanggan, serta pengurusan tenaga kerja, laporan ini mengenal pasti tiga jenis arketipe penjual yang utama – AI Adepts, AI Aspirants, dan AI Agnostics, berdasarkan purata skor yang mereka capai dalam setiap aspek operasi untuk mewakili tahap kesediaan AI mereka.

  • AI Adepts (Pakar AI): Penjual yang telah mengintegrasikan AI dalam sekurang-kurangnya 80% operasi mereka, menjadikan mereka peneraju dalam penggunaan AI. Hanya 15% penjual di Malaysia tergolong dalam kategori ini, jauh lebih rendah berbanding purata Asia Tenggara iaitu 24%.
  • AI Aspirants (Pemula AI): Penjual yang telah mengintegrasikan AI secara separa dalam operasi mereka, namun masih berdepan jurang penggunaan dalam beberapa fungsi utama. Kumpulan ini merangkumi 43% penjual di Malaysia, sejajar dengan separuh daripada penjual di Asia Tenggara (50%).
  • AI Agnostics (Pengamat AI): Kumpulan ini ketinggalan dalam penggunaan AI, dengan kebanyakan fungsi perniagaan masih dikendalikan secara manual. Malaysia mempunyai bilangan penjual yang jauh lebih tinggi dalam kategori ini (42%), hampir dua kali ganda berbanding purata Asia Tenggara iaitu 26%.

Penemuan menunjukkan bahawa Thailand mempunyai peratusan tertinggi penjual dalam kategori AI Adepts, dengan 30% penjual tergolong dalam kumpulan ini. Singapura (29%), Indonesia (29%) dan Vietnam (22%) juga menunjukkan pelaksanaan AI yang kukuh walaupun terdapat jurang pengetahuan, manakala Malaysia (15%) dan Filipina (19%) berdepan cabaran dari segi penerimaan AI dan kekangan infrastruktur. Sebanyak 85% penjual di Malaysia tergolong dalam kategori AI Aspirants dan AI Agnostics, menandakan keperluan mendesak untuk sokongan yang lebih kukuh kepada penjual (48%) serta alat berkuasa AI (47%) bagi memacu pelaksanaan teknologi ini.

“Penemuan daripada penyelidikan kami mendedahkan jurang dalam ekosistem eDagang Asia Tenggara. Walaupun kebanyakan penjual memahami potensi transformatif AI, ramai yang masih dalam proses peralihan daripada pengiktirafan kepada pelaksanaan,” kata James Dong, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Lazada. “Sebagai platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, kami berhasrat untuk merapatkan jurang pengetahuan dan penggunaan dengan membangunkan penyelesaian AI yang boleh diakses dan mampu menangani cabaran unik yang dihadapi oleh penjual di pelbagai pasaran supaya teknologi ini lebih mudah diakses untuk memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan tanpa mengira saiz atau tahap kepakaran teknikal penjual.”

Memanfaatkan penyelesaian berasaskan AI Lazada untuk mengubah operasi perniagaan

Bagi menyokong penjual untuk memanfaatkan AI, Lazada melancarkan buku panduan Online Sellers Artificial Intelligence Readiness Playbook, yang direka khas sebagai panduan strategik berdasarkan tahap kematangan AI setiap penjual. Penyelidikan menunjukkan bahawa para penjual sudah mula memanfaatkan penyelesaian utama dipacu AI di platform Lazada untuk meningkatkan kecekapan mereka, sekali gus mengesahkan kepentingan pelaburan Lazada dalam inovasi AI terkini dan alatan termaju yang memudahkan operasi eDagang yang turut meningkatkan daya saing.

Dengan 67% penjual menyatakan kepuasan yang tinggi terhadap ciri-ciri AI sedia ada di Lazada, Lazada turut memperkenalkan ciri-ciri baharu berasaskan AI Generatif (GenAI) yang direka untuk memperkasakan penjual serta mempertingkatkan penyenaraian produk mereka selain menyelaraskan operasi dan meningkatkan kadar penukaran pelanggan seperti:

  1. AI Smart Product Optimisation: Dikuasakan oleh GenAI, alat ini membantu penjual mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilakukan pada tajuk produk, penerangan, atau gambar produk mereka. Ia membolehkan penyesuaian maya secara automatik seperti virtual try-on, pengubahsuaian latar belakang, dan pelarasan model yang membantu penjual menghasilkan imej produk profesional dalam hanya beberapa minit.
  2. AI-Powered Translations: Ciri ini menterjemahkan kandungan produk secara automatik ke dalam pelbagai bahasa tempatan, membolehkan penjual meluaskan capaian mereka ke pelbagai pasaran dengan lebih cekap dan tepat.
  3. Lazzie Seller: Pembantu AI khusus yang tersedia dalam Alibaba Seller Centre (ASC) menyediakan jawapan segera kepada soalan lazim, navigasi pantas ke ciri utama, penilaian risiko kedai, serta nasihat perniagaan untuk meningkatkan kecekapan dan pertumbuhan penjual.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun buku panduan Online Sellers Artificial Intelligence Readiness Playbook untuk memahami bagaimana penyelesaian ini boleh menawarkan rangka kerja yang berstruktur supaya penjual dapat mengintegrasikan AI ke dalam aliran kerja mereka dengan mudah demi memacu pertumbuhan, kecekapan, dan inovasi dalam landskap eDagang yang sentiasa berkembang.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.