“Hidup Ni Keras,” Pemuda Hampir Menyesal Datang KL, ‘Seksa’ Nak Cari Kerja
Hidup di Kuala Lumpur ni serba serbi mencabar, bukan sahaja dari segi kehidupan tapi mencabar dari sudut mencari kerja juga. Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2025, SK nak kongsikan satu kisah pemuda yang berjuang cari kerja di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang bernama Fariz Izzani, dia menceritakan kisah kawannya yang baru berhijrah ke bandar Kuala Lumpur dan bergelut untuk dapatkan kerja. Boleh ikuti cerita penuh Fariz tentang kawannya bernama Alif.
Aku ada kawan nama Alif, lepas habis SPM dia terus berhijrah ke Kuala Lumpur nak cari kerja. Dia kata tak minat dah nak sambung belajar dan nak terus cari duit je bantu keluarga. Sampai je KL aku ambik dia tumpang rumah aku dulu sebelum dapat kerja. Bermula lah kehidupan Alif sebagai anak perantau. Awal-awal kehidupan di KL dia bekerja sebagai pembancuh air di restoran.
Aku perhatikan setiap malam dia balik lewat kena kerja lebih masa. Gaji dia RM1,500 je dan kalau campur dengan OT bolehlah dapat RM1,700. Dengan gaji macam tu agak sesak hidup di KL tapi aku puji dia jugak sanggup bertahan hampir setahun dah walaupun banyak kali merungut menyesal datang KL. Baru-baru ini, aku cadang dia buat food delivery sebab aku rasa boleh dapat lebih dari gaji dia sekarang kalau dia spend masa yang sama dengan kerja sekarang.
Tapi ada satu masalah, dia ni takda motor. Sebelum ni pergi kerja kadang-kadang aku hantar dan selalunya dia naik bas. Balik pulak kadang-kadang kawan dia hantarkan. Sementara dia tengah ada kerja dan dah cukup syarat untuk buat pnjaman beli motor, aku bawak dia pergi kedai motor dan tengok mana motor yang sesuai dengan kelayakan gaji dia dan tak nak la beli motor mahal sangat. Janji sesuai untuk ke sana ke sini hantar makanan pelanggan.
Lepas dah dapat motor yang berkenan di hati, terus jumpa sales assistant tu dan SA tu nasihatkan untuk buat pinjaman dengan Pembiayaan Motosikal AEON Credit HP-i untuk bayaran ansuran. SA tu kata syarat dia sangat mudah, interest rendah dan cepat lulus. Bayaran bulanan pun tak membebankan. Untuk Alif yang baru nak start kerja baru ni sesuai sangatlah.
Syarat AEON Credit ni mudah sahaja, kau kena berumur 18-65 tahun. Dah kerja lebih dari 6 bulan dengan majikan semasa. AEON Credit ni juga jenama yang dipercayai lebih 2 juta rider tau. Permohonan lulus dalam masa 5 minit je.
Masa aku dengan Alif pergi tu, SA tu kata bermula sekarang sampai 30 April 2025, kalau buat pinjaman dengan Pembiayaan Motosikal AEON Credit HP-i, berpeluang dapat kadar serendah 7.8% sahaja tau kalau profile korang cantik macam Alif. Baru 5 minit mohon, pinjaman Alif dah diluluskan, beberapa hari lepas tu motor Alif dah boleh ambik. Memang mudah sangat proses dengan AEON Credit ni. Alif dapat kadar 7.80% je untuk pembiayaan motosikal AEON Credit HP-i ni.
Alif pun mula kerja sebagai penghantar makanan. Aku pesan jugak kat dia pelajaran ni penting, kalau ada masa sambung la belajar kemahiran ke akademik ke ikut minat kau. Kalau korang tengah kira-kira nak angkat motor raya ni, sempat lagi kalau korang nak submit permohonan dengan Pembiayaan Motosikal AEON Credit HP-i tau. Permohonan lulus dalam masa 5 minit je.. Berpeluang dapat interest serendah 7.8% sampai 30 April ni. Untuk maklumat lanjut, layari laman web AEON sekarang.