Ini 10 Laman Web Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Mac Lalu
Tidak dinafikan, kehidupan masyarakat zaman kini terikat dengan dunia digital, tak ubah seperti bagai aur dengan tebing.
Sebahagian besar daripada aktiviti seharian, bermula dari bangun pagi hingga tidur kita masih bergantung terhadap gajet.
Buktinya, setiap kali bangun pagi, benda pertama yang dicari oleh kita sudah tentunya telefon pintar bukan?
Lebih-lebih lagi, gajet ini menjadi lubuk untuk mencari info terkini dan menyelusuri aplikasi media sosial ketika waktu lapang.
Bukan itu sahaja, urusan seperti perbankan dan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan agensi juga ditawarkan secara atas talian, berbanding secara walk-in suatu ketika dahulu menjadikan ia lebih mesra pengguna.
Maka, tidak hairan mengapa kehidupan moden hari ini akan terasa janggal jika tanpa teknologi digital dan capaian internet.
Bercakap mengenai penggunaan gajet dalam kehidupan harian, pernah tak pernah tak anda terfikir apakah laman sesawang yang kerap dilayari oleh rakyat Malaysia?
Sebuah syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web baru-baru ini telah mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan Mac 2025.
BACA: Jumlah Mangsa Banjir Di Selangor, Sabah Meningkat, Situasi Di Johor Semakin Baik
Melalui laporan terkini di platform tersebut, tiga laman web paling popular dan kerap dilayari oleh rakyat negara ini diterajui oleh Google.com, Youtube.com dan Whatsapp.com.
Tidak mengejutkan Google.com menjadi laman sesawang paling banyak dilayari memandangkan ia merupakan enjin carian nombor satu di peringkat global.
Sementara Facebook muncul sebagai aplikasi media sosial paling popular dalam kalangan rakyat negara pada bulan lepas. Diikuti platform e-dagang pilihan hati rakyat negara, Shopee.com di kedudukan ke-5.
Sementara itu, laman sesawang media sosial, Instagram.com pula muncul di kedudukan ke-6 dalam data berkenaan. Di tangga ke-7 pula kekal dipegang laman sesawang media sosial Tiktok.com seperti bulan lalu.
Platform X.com (Twitter) juga kekal di carta ke-8, manakala wikipedia.org dan laman sesawang Chatgpt.com masing-masing di kedudukan ke-9 dan ke-10.

Apa itu laman sesawang?
Laman web atau sesawang (website) merupakan sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya, memetik Kamus Dewan Edisi Keempat.