Siakap Keli
Mee Wantan Halal Premium Siap Dalam 4 Minit, Rasa Macam Mak Masak: Kolaborasi Padu Chef Puan Sri Nisa Bakri & Meet Mee!
Gambar Hiasan

Mee Wantan Halal Premium Siap Dalam 4 Minit: Kolaborasi Padu Chef Puan Sri Nisa Bakri & Meet Mee!

Mee Wantan Halal Premium Siap Dalam 4 Minit: Kolaborasi Padu Chef Puan Sri Nisa Bakri & Meet Mee!

Bukit Jalil, 16 April 2025 – KL Wellness City Gallery, kalau korang kaki makan mee, ni berita baik! Jenama tempatan Meet Mee baru-baru ni berkolaborasi dengan Chef Puan Sri Nisa Bakri, ikon masakan tanah air yang memang tak asing lagi, untuk lancarkan produk baharu – Chili Wantan Mee, halal, premium dan paling penting… SEDAP GILER!

Tak main-main, mee ni siap dalam 4 minit je, tapi rasa dia macam mak korang masak kat rumah – lengkap dengan sambal udang pedas padu, minyak cili homemade, keropok ikan rangup, dan kuah perasa kaw-kaw. Mi dia kenyal, tak lembik, packaging dia pun eksklusif, siap dengan muka Chef Nisa senyum lebar – confirm korang percaya produk ni ada class!

Dari Dapur Malaysia ke Dunia

Chef Nisa ni bukan calang-calang tau. Beliau pernah masak dan promote masakan Malaysia sampai ke London & Sepanyol. Kali ni, dia nak pastikan semua orang – tak kira Muslim atau bukan – boleh rasa Wantan Mee halal yang padu ni kat rumah.

Produk ni Halal certified, guna bahan premium, dan sangat sesuai untuk student, orang kerja, ibu-ibu, atau siapa je yang nak makan cepat tapi tak nak kompromi rasa.

Mee Rasa Restoran, Tapi Kat Rumah Je

R&D produk ni makan masa lebih setahun. Chef Nisa dan team Meet Mee pastikan setiap pek ada cita rasa asli, dengan sentuhan premium. Tak pelik la ramai yang dah cuba bagi review 5 bintang – siap viral kat TikTok & Instagram!

“Mee ni bukan sekadar makanan segera, tapi pengalaman makan yang lengkap.” – kata Chef Nisa sendiri.

Sasar Pasaran Dunia

Dengar cerita, produk ni dah mula tarik perhatian pasar raya besar, hotel dan restoran dalam & luar negara. Harapan Chef Nisa & Meet Mee? Nak jadikan Chili Wantan Mee ni produk tempatan yang boleh dibanggakan seluruh dunia.

💥 Kalau korang nak try sendiri, stay tuned kat media sosial: 📲 @nisabakrigourmet | @meetmee

Kalau rasa nak makan mee, tapi malas nak masak complicated — inilah jawapannya. Mee premium, halal, cepat, dan rasa macam air tangan mak.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.