Siakap Keli
Gambar: Bernama

Nilai Semasa Emas 999 Cecah RM503, Tertinggi 2025

Nilai Semasa Emas 999 Cecah RM503, Tertinggi 2025

KUALA LUMPUR — Harga emas 999 mencatatkan lonjakan tertinggi bagi tahun 2025, dengan mencecah RM503 per gram pada hari ini.

Menerusi laman web rasmi Public Gold, memaklumkan harga emas itu naik RM7 berbanding RM496 pada semalam.

Dalam pada itu, harga emas 916 pula merekodkan nilai semasa RM478 segram.

Gambar: Public Gold

Sebelum ini, SK melaporkan emas sekali lagi melonjak naik dan melepasi paras tertinggi terdahulu dengan mencatatkan rekod baharu pada Isnin, lapor AFP.

Berikutan USD semakin melemah, harga emas kini mencapai paras tertinggi baharu iaitu USD3,245.75 (RM14,317) seaun.

Menerusi temu bual bersama Financial Times, Presiden Bank Rizab Persekutuan Boston, Susan Collins mengumumkan pihaknya bersedia menggunakan pelbagai instrumen bagi memastikan pasaran kewangan stabil jika perlu.

Beliau turut berpandangan inflasi dijangka berlaku.

“Semakin tinggi tarif, semakin besar potensi kelembapan pertumbuhan serta peningkatan inflasi yang dijangka,” katanya dalam satu temu bual bersama Yahoo Finance.

Collins memaklumkan, inflasi dijangka meningkat lebih tiga peratus tahun ini. Namun begitu, kemerosotan ekonomi yang signifikan tidak kelihatan.

Pasaran saham utama Asia menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan Indeks Nikkei 225 di Tokyo meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 34,115.52 mata, manakala Indeks Hang Seng di Hong Kong melonjak 2.4 peratus kepada 21,416.93 mata. Di Shanghai, Indeks Komposit turut mencatat kenaikan sebanyak 0.8 peratus kepada 3,263.91 mata.

Dalam pasaran mata wang, dolar Amerika Syarikat melemah apabila nilai tukaran Dolar-Yen turun kepada 142.50 Yen berbanding 143.49 Yen pada Jumaat. Euro pula mengukuh kepada USD1.1396 berbanding USD1.1359, manakala Pound Sterling meningkat kepada USD1.3118 daripada USD1.3088.

Euro juga mencatat sedikit peningkatan berbanding Pound kepada 86.88 Pence daripada 86.80 Pence.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun 0.3 peratus kepada USD61.34 setong, manakala minyak mentah Brent turut susut 0.3 peratus kepada USD64.58 setong.

Di Wall Street, Indeks Dow Jones Industrial Average ditutup 1.6 peratus lebih tinggi pada 40,212.71 mata. Di London, FTSE 100 meningkat 0.6 peratus kepada 7,964.18 mata.

Saham Asia meningkat selepas perang perdagangan kembali reda berikutan pengumuman Donald Trump mengenakan pengecualian tarif terhadap barangan elektronik. Antara barangan elektronik yang dikecualikan termasuk telefon pintar, semikonduktor, komputer dan beberapa peranti lain.

Sumber: Public Gold

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.