Siakap Keli
kilat
Kredit: AFP

Tak Sangka, Suhu Kilat 5 Kali Ganda Lebih Panas Dari Permukaan Matahari

Tak Sangka, Suhu Kilat 5 Kali Ganda Lebih Panas Dari Permukaan Matahari

Kilat lazimnya kelihatan di depan mata apabila kawasan yang didiami berdepan dengan cuaca buruk seperti ribut. Ia turut menjadi fenomena alam yang paling menakjubkan dan menakutkan di bumi.

Fenomena ini berlaku apabila cas elektrik antara awan dan tanah, atau antara awan dengan awan yang bertentangan, lalu terlepas dalam bentuk percikan elektrik yang sangat kuat.

Selain itu, ia turut memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia, termasuk menyebabkan kebakaran, kecederaan atau kematian.

Kilat bukan sahaja memukau dari segi visual, namun turut menyimpan fakta sains yang luar biasa di sebaliknya. Jadi kali ini, kami di SK ingin berkongsi serba sedikit mengenai sifat kilat yang memiliki suhu lebih panas dari permukaan matahari.

Suhu kilat lebih panas dari permukaan matahari

Menurut BBC Science Focus, di dalam awan ribut petir atau dikenali sebagai cumulonimbus, kristal ais dan hujan batu berlanggar dan melantun antara satu sama lain.

Perlanggaran ini menyebabkan pemisahan cas elektrik, di mana cas positif berkumpul di bahagian atas awan manakala cas negatif terkumpul di bahagian bawah awan.

Ia merupakan nyahcas elektrik di ruang atmosfera antara awan, udara atau tanah. Biasanya, kilat terbentuk apabila cas negatif yang terkumpul di dalam awan bergerak ke arah cas positif di permukaan bumi atau di dalam awan lain, lalu menghasilkan percikan elektrik yang sangat kuat.

Cas yang dibawa oleh satu panahan petir adalah begitu kuat sehingga suhunya mampu mencecah sehingga 30,000 darjah celsius iaitu lima kali lebih panas daripada permukaan Matahari.

Udara boleh jadi panas ketika petir menembusi

Menurut National Weather Service, jika sesuatu objek itu adalah konduktor elektrik yang baik, ia tidak akan menjadi terlalu panas berbanding dengan konduktor yang lemah.

Oleh disebabkan udara merupakan konduktor elektrik yang sangat lemah, namun ia boleh menjadi sangat panas apabila petir menembusinya.

Apabila kilat menyambar sebatang pokok, maka haba yang terhasil boleh mengewapkan sebarang air yang terdapat di dalam atau di sekitar laluan sambaran tersebut. Kejadian ini boleh menyebabkan pokok meletup, atau sebahagian kulit kayunya tercabut akibat tekanan daripada letupan itu.

BACA: Pembunuh Ditemukan Maut Ditikam Dalam Penjara

Sumber: NOAA National Severe Storms Laboratory, BBC Science Focus, National Weather Service

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.