Siakap Keli
tentera polis warden mrsm
Kredit: Bernama

Mara Mula Ambil Bekas Tentera, Polis Sebagai Warden MRSM

Mara Mula Ambil Bekas Tentera, Polis Sebagai Warden MRSM

KUALA LUMPUR — Majlis Amanah Rakyat (Mara), mengesahkan bakal memulakan pengambilan warden sepenuh masa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari kalangan bekas anggota tentera dan polis.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Mara Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, selepas cadangan yang dibangkitkan itu dipersetujui sebulat suara.

“Mara akan mulakan pengambilan warden sepenuh masa dari kalangan bekas pegawai tentera dan polis sebagai projek rintis bagi bentuk disiplin pelajar MRSM dan sifar buli,” katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Majlis MARA.

“Buat permulaan ini, projek rintis (pilot) akan dimulakan dengan melibatkan beberapa MRSM bagi melihat dan mengkaji keberkesanan inisiatif ini. Kerjasama juga akan dilakukan dengan Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan,” ujar beliau.

Malah, Asyraf turut memaklumkan bahawa garis panduan yang jelas tentang terma-terma rujukan (TOR) tanggungjawab dan bidang tugas warden akan disediakan.

“Inisiatif ini penting untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar-pelajar MRSM sentiasa dapat diperkasakan seiring dengan falsafah pendidikan yang mahu melahirkan generasi yang cemerlang secara holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” tambah beliau.

Katanya lagi, langkah ini diambil bagi memastikan matlamat sifar buli di institusi pendidikan itu menjadi kenyataan.

Terdahulu, penularan rakaman perlakuan buli melibatkan pelajar MRSM yang kemudiannya disahkan merupakan kejadian tahun lalu mendapat perhatian ramai. Susulan itu, Bernama melaporkan Asyraf mula menerima lebih banyak aduan mengenai kejadian buli apabila beliau memohon orang ramai melaporkan kes seumpama itu kepada pihaknya termasuk menerusi media sosial.

menegaskan pihak MARA tidak akan bertoleransi dalam hal ini.

“Tidak ada ruang untuk kita bagi toleransi dalam hal ini, kita kena menamatkan semua pengajian (pelajar terlibat kes buli).

“Saya tidak mahu melayani rayuan sebab ini bukannya kita kena tunggu bagi amaran pertama, amaran kedua, saya dah beritahu ini dari dua tahun lepas lagi,” ujarnya menerusi sidang media pada 10 April lalu.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/pfbid02RjUTp5MFgWNBjKwp7WDFjELnaqGCRbsL9g8krpaL8DCFDRxazeNESEjpB9LsFmP2l?rdid=csouKwxdfzjm67M1#

Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Bernama

BACA: Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar MRSM Dihantar Ke Timbalan Pendakwa Raya

BACA: Asyraf Wajdi Cadang Tukar Nama MRSM Kepala Batas Kepada MRSM Tun Abdullah Badawi

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.