10 Peminat Bertuah Bakal Berpeluang Bertemu TREASURE di KL untuk Acara Nuuna
Nuuna akan membawakan CHOI HYUN SUK, DOYOUNG, HARUTO dan PARK JEONG WOO daripada kumpulan K-pop TREASURE secara eksklusif untuk bertemu peminat-peminat setia ke ibu negara pada Jumaat, 30 Mei 2025.
Ini merupakan kedatangan kali ketiga selepas mereka beraksi dalam siri jelajah konsert pada 2023 dan 2024 di negara ini.
Kali ini, 10 peminat bertuah bakal dipilih untuk sesi “Exclusive Private Fansign Nuuna Bersama TREASURE” dengan menampilkan CHOI HYUN SUK, DOYOUNG, HARUTO dan PARK JEONG WOO.
Sesi ini melambangkan keakraban dan mengeratkan silaturahim di antara artis dengan peminat selain berpeluang bertemu secara bersemuka daripada TREASURE.
Untuk bertemu secara eksklusif bersama TREASURE, peminat dikehendaki menghantar penyertaan dengan membeli sekurang-kurangnya satu (1) pek produk Nuuna.
Tempoh penyertaan akan berlangsung pada 14 April hingga 18 Mei 2025. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
Beli dan hantar sekurang-kurangnya satu (1) pek produk Nuuna (mana-mana perisa) dengan resit yang sah dan asli (“Bukti Pembelian”) dari mana-mana kedai dalam talian atau luar talian di Malaysia.
Ambil gambar produk Nuuna dan muat naik ke Facebook, Instagram, TikTok, atau Twitter masing-masing dengan hashtag #NuunaBersamaTreasure, dan tag media sosial rasmi @nuunamalaysia.
Pastikan akaun media sosial adalah terbuka kepada umum.
Hantar bukti pembelian dan tag hantaran media sosial anda melalui link yang disediakan oleh penganjur.
Keputusan bagi 10 peminat bertuah akan diumumkan pada 24 Mei 2025.