Siakap Keli
laporan awal paip gas
Kredit: Bernama

Kebakaran Paip Gas: Laporan Awal Dikeluarkan Dalam Tempoh Seminggu – KP Selangor

Kebakaran Paip Gas: Laporan Awal Dikeluarkan Dalam Tempoh Seminggu – KP Selangor

RAWANG, 18 April (Bernama) — Laporan awal mengenai insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dijangka akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk menyiasat aspek kecuaian dan khianat.

“Jadi, kita akan tunggu laporan awal yang akan dikeluarkan dalam seminggu lagi, yang merangkumi hasil dapatan dari tempat kejadian kerana kerja-kerja pengorekan sudah dimulakan dan hampir selesai.

“Kami telah menemukan paip yang meletup dan ia kini berada di bawah siasatan forensik oleh JKKP, polis, serta pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes, di sini hari ini.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan merasmikan balai polis tersebut, yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, serta Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April lepas menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius, dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas.

Sumber: Bernama

BACA: Kebakaran Putra Heights: Tidak Mahu Susahkan Sesiapa, Mangsa Baiki Sendiri Rumah Terjejas

BACA: Bantuan Buat Mangsa Letupan Paip Gas Di Putra Heights

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.