Siakap Keli
Nippon Paint Perkukuh Sokongan kepada Pemilik Rumah di Melaka dengan Penyelesaian Ubah Suai yang Lengkap
Gambar Hiasan

Nippon Paint Perkukuh Sokongan kepada Pemilik Rumah di Melaka dengan Penyelesaian Ubah Suai yang Lengkap

Nippon Paint Perkukuh Sokongan kepada Pemilik Rumah di Melaka dengan Penyelesaian Ubah Suai yang Lengkap

Melaka, 18 April 2025 – Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd (“Nippon Paint”), penyedia penyelesaian salutan No.1 di Malaysia, kini mengembangkan lagi jejaknya di Melaka dengan rangkaian lebih 130 kedai pengedar di seluruh negeri. Komitmen terhadap jumlah kedai ini mencerminkan dedikasi Nippon Paint untuk membantu komuniti Melaka mengubah ruang kediaman mereka dengan penyelesaian berkualiti tinggi, menyeluruh, mudah diakses dan mampu milik – sejajar dengan visi “Rumah Paling Indah Anda” untuk setiap rakyat Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong pemilik rumah, Nippon Paint menyediakan rangkaian lengkap produk “dari asas hingga sentuhan akhir”  (bare-to-finish) melalui rangkaian kedai pengedarnya dengan menawarkan segala keperluan di bawah satu bumbung. Ini merangkumi pelbagai penyelesaian premium Nippon Paint, termasuk cat pembinaan, salutan pelindungan, salutan kalis air, salutan  lantai, cat pracampuran, sealan, bahan pengedap dan bahan pengisi binaan, serta pelbagai alatan mengecat.

Lebih 70% rakyat Malaysia kini mahu menaik taraf rumah mereka dan mengutamakan kualiti berbanding harga. Dengan ini, permintaan terhadap penyelesaian pengubahsuaian menyeluruh yang boleh dipercayai kini berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kami telah memperkukuh kehadiran rangkaian kedai pengedar Nippon Paint di Melaka sebagai bukti komitmen kami untuk menjadikan rumah yang cantik dan tahan lama lebih mudah dicapai oleh semua rakyat Malaysia. Rangkaian produk kami merangkumi cat, salutan, bahan pengisi, sistem kalis air dan pelbagai lagi bagi menyokong setiap peringkat dalam proses pengubahsuaian rumah,” kata Lye Jeng Jiang, Penolong Pengurus Besar Paint Marketing Co. (anak syarikat Nippon Paint Malaysia). “Kami ingin warga Melaka tahu bahawa Nippon Paint bukan sekadar jenama cat – kami juga menawarkan pelbagai produk penambahbaikan rumah bagi menyokong projek DIY mahupun kerja pembaikan rumah anda.”

“Kami bukan sahaja membekalkan bahan, para pengedar kami di kedai-kedai ini turut terlatih untuk memberi panduan dan nasihat sepanjang proses pengubahsuaian anda. Sama ada anda ingin mengecat dinding, menaik taraf bilik air, atau melindungi kediaman daripada cuaca ekstrem, kami menyediakan rangkaian produk yang lengkap, serasi dan menyeluruh – dari asas hingga ke sentuhan akhir.”

Bagi membantu pemilik rumah memahami bagaimana setiap produk penyelesaian ini berfungsi secara praktikal, berikut adalah beberapa situasi pengubahsuaian lazim di mana penggunaan produk yang tepat, dengan cara yang betul dan secara bersepadu, dapat menghasilkan kediaman yang cantik serta tahan lama:

Lindungi Bahagian Luar Rumah Anda daripada Iklim Tropika Malaysia

Cuaca tropika di Malaysia boleh memberikan cabaran besar kepada dinding luar rumah, seperti warna yang cepat luntur, pertumbuhan alga, dan pengelupasan cat. Untuk perlindungan yang optimum, mulakan dengan membersihkan permukaan dinding secara menyeluruh dan sapukan sealer yang serasi sebagai asas yang kukuh. Lakukan kerja pengecatan dalam cuaca kering, dengan satu lapisan sealer diikuti dua lapisan cat luar, sambil memastikan masa pengeringan yang mencukupi di antara setiap lapisan. Untuk hasil yang tahan lama, gunakan siri Nippon Paint Weatherbond yang diformulasikan khas bagi menahan sinaran UV, kelembapan serta pertumbuhan alga – ideal untuk kegunaan pada fasad, tembok pagar dan permukaan luar rumah yang lain.

Kekalkan Kebersihan Dinding, Walaupun Dalam Rumah Sibuk 

Rumah yang dihuni oleh anak kecil, haiwan peliharaan, atau mempunyai aktiviti harian yang sibuk cenderung menyebabkan dinding cepat kotor. Oleh itu, amat penting untuk memilih cat yang bukan sahaja mudah dibersihkan, tetapi juga membantu mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat. Nippon Paint Spot-less Plus merupakan pilihan ideal kerana ia direka khusus untuk menahan kotoran seperti percikan makanan dan cap jari di mana kebanyakan kesan tersebut boleh dibersihkan dengan mudah hanya dengan menggunakan kain lembap. Tambahan pula, Nippon Paint Spot-less Plus juga dilengkapi dengan Silver Ion Technology dan AirGuard, yang berfungsi menghalang pertumbuhan bakteria serta mengurangkan formaldehid dalam rumah. Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk ruang yang kerap digunakan seperti dapur, ruang tamu dan bilik kanak-kanak.

Cegah Kebocoran di Bilik Air Anda

Kebocoran air merupakan masalah biasa, khususnya di bilik air rumah yang sudah lama. Sebelum meletakkan jubin atau mengecat, sapukan lapisan kalis air pada dinding dan lantai, terutamanya di sudut, sambungan dan kawasan paip. Pilih salutan kalis air yang sesuai dengan lapisan akhir. Salutan kalis air Nippon Paint seperti NippoSEAL FLEX200 bersama topcoat yang sesuai boleh membentuk lapisan penghalang air yang kukuh dan mencegah kebocoran serta masalah kelembapan. Kami sedar bahawa setiap bilik air mempunyai cabaran tersendiri. Pengedar terlatih kami sedia memberikan nasihat profesional dan mencadangkan salutan kalis air yang paling sesuai mengikut keperluan ruang anda – untuk hasil yang bukan sahaja cantik, tetapi juga tahan lama.

Pilih Sistem Lantai yang Sesuai untuk Setiap Ruang

Lantai merupakan asas utama bagi setiap ruang—bukan sahaja dari segi struktur, tetapi juga dari segi estetika. Setiap kawasan dalam rumah mempunyai keperluan lantai yang berbeza. Sebagai contoh, laman kereta memerlukan salutan lantai yang tahan lasak dan mampu menahan cuaca ekstrem. Untuk hasil terbaik, permukaan lantai perlu dibersihkan sepenuhnya dan bebas daripada minyak atau salutan lama. Kemudian, sapukan EA9 Epoxy HB daripada Nippon Paint, diikuti dengan salutan perlindungan polyurethane (PU Recoatable Finish) bagi memastikan ketahanan jangka panjang.

Membina Asas yang Kukuh 

Setiap projek renovasi yang berjaya bermula dengan asas yang mantap. Untuk kerja meratakan lantai atau merender dinding, permukaan perlu dibersihkan terlebih dahulu dan dipadankan dengan bahan cat pracampuran (drymix) berkualiti tinggi yang memastikan lekatan kuat serta hasil kemasan yang sekata. Lapisan yang telah siap perlu dilindungi dengan screed sebelum kerja seterusnya dilakukan. Penyelesaian ini amat sesuai digunakan di kawasan lembap seperti bilik air, ruang bawah tanah, kolam renang dan sebagainya.

Cat pracampuran Nippon Paint merangkumi semua keperluan anda untuk kerja persediaan dan kemasan—daripada meratakan dinding (skim coat), meratakan lantai (render & screed), memasang jubin (tile adhesive & grout), membaiki struktur (technical mortar), hinggalah kepada penambah prestasi (admixture lateks dan bahan kimia tambahan). Setiap produk direka khususnya untuk menjadikan kerja renovasi lebih pantas, mudah, dan tahan lama.

Selain menawarkan produk berprestasi tinggi, Nippon Paint juga komited dalam memperkasa tahap profesionalisme industri menerusi program latihan berterusan kepada pengamal dan tukang cat profesional. Latihan ini memastikan setiap peringkat dalam proses binaan dan renovasi—dari persediaan hingga ke sentuhan akhir—dilaksanakan dengan tahap kualiti terbaik.

Pendekatan menyeluruh ini sejajar dengan misi utama Nippon Paint: membantu setiap rakyat Malaysia merealisasikan rumah idaman mereka—rumah yang bukan sahaja cantik, tetapi juga dibina untuk kekal kukuh dan tahan lama.

Sama ada anda hanya ingin menyegarkan satu ruang dengan warna baharu atau merancang renovasi berskala besar, Nippon Paint bersedia membantu anda menjadikan impian “Rumah Paling Indah” satu realiti. Pemilik rumah di Melaka dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana 130 lokasi pengedar sah di seluruh negeri. Untuk maklumat lanjut dan mencari pengedar terdekat, layari: www.nipponpaint.com.my.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.