Siakap Keli
ucapan nurul nadiirah
Kredit: Sirhajwan Sidek

Pengiktirafan Antarabangsa, Ucapan Nurul Nadiirah Raih Tempat Ketiga

Pengiktirafan Antarabangsa, Ucapan Nurul Nadiirah Raih Tempat Ketiga

Pelajar tahun ketiga jurusan Teknologi Elektrik Vokasional (KV) Keningau, Nurul Nadiirah Naquyyah Jusinin, 18, berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan Conversation on Conflict anjuran Never Such Inocence.

Pertandingan ini bertumpu kepada usaha sebagai individu, komuniti atau negara dalam menghalang peperangan pada masa hadapan.

Organisasi kebajikan yang berpusat di United Kingdom itu mengumumkan senarai pemenang secara rasmi menerusi laman sesawang penganjur pada 18 April. Bertemakan How Can We Prevent Future Wars, pertandingan ini terbahagi kepada empat kategori iaitu sajak, hasil seni, lagu dan ucapan.

Kredit: Never Such Innocence

Mengambil bahagian dalam kategori penulisan dan penyampaian ucapan bagi lingkungan umur 16 hingga 18 tahun, ucapan Nurul Nadiirah yang berjudul To Thwart a War is to Educate the Young menekankan pendidikan sekolah bagi meningkatkan kemahiran asas para pelajar dalam menangani konflik secara aman. Ucapan tersebut turut menekankan keutamaan dalam kesejahteraan manusia sejagat dipupuk dalam minda dan hati generasi muda.

Antara syarat pertandingan yang perlu dipatuhi termasuk penghasilan karya asli peserta yang tidak melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Peserta juga perlu menghantar teks berserta rakaman video atau audio ucapan tersebut. Biarpun peserta dibolehkan untuk menghantar karya dalam pelbagai bahasa, Nurul Nadiirah menyahut cabaran untuk menghasilkan teks dan berucap menggunakan Bahasa Inggeris.

Mencatat nama sebagai pemenang tempat ketiga, Nurul Nadiirah terharu menjadi satu-satunya wakil peserta Malaysia yang mendapat tempat ketiga teratas dalam semua kategori pertandingan. Pemenang tempat pertama merupakan peserta warga Amerika Syarikat manakala tempat kedua disandang oleh peserta warga England.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya meraih kemenangan menerusi penguasaan berbahasa Inggeris. Penguasaan bahasa asing ini penting bagi pelajar pendidikan vokasional malah, perkara ini selari dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah termasuk kolej vokasional.

Sumber: Never Such Innocence

BACA: Keputusan SPM 2024 Diumum Pada 24 April – KPM

BACA: Cara Semak Keputusan SPM 2024

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.