Skechers Tampil Koleksi Eksklusif Bersama Artis Tempatan, Haris Rashid
Kuala Lumpur, 17 April 2025 — Buat pertama kali, Skechers, jenama kasut terkenal yang sinonim dengan keselesaan dan gaya hidup aktif, berkolaborasi dengan artis tempatan berbakat, Haris Rashid (@harisrashid), untuk hasilkan koleksi yang bold macam brushstrokes dia sendiri.
Koleksi Skechers SkechVibe ni bawa elemen biodiversiti Malaysia terus ke atas fabrik — menjadikan T-shirt edisi terhad dan tote bag ni macam seni berjalan. Dengan gabungan keselesaan dan kreativiti, ini memang satu pencapaian baru untuk Skechers. Melalui sentuhan warna yang berani dan kisah visual yang unik dari Haris, flora, fauna, budaya dan warisan Malaysia dihidupkan semula — menjadikan fesyen harian sebagai kanvas ekspresi diri.
Untuk korang yang minat fesyen dan seni, koleksi SkechVibe ni memang wajib ada. Setiap helaian T-shirt uniseks (oversized, comfy gila) dan tote bag kanvas ni direka untuk sesuai dipakai bila-bila masa — gaya santai tapi tetap on point. T-shirt datang dengan dua warna, manakala tote bag ada satu warna khas — semua dipenuhi vibe alam semula jadi Malaysia dan budaya kita yang kaya.
UNISEX KNIT SHORT SLEEVE TEE | RM159
Juga tersedia dalam warna Hitam
Dibuat daripada kain kapas lembut berkualiti tinggi untuk keselesaan maksimum, design ni adalah tribute kepada enggang — burung ikonik Malaysia. Latar kayu bertekstur dengan lakaran flora halus tambah vibe yang penuh makna dan elegan. Ada juga matahari jingga suam yang mencipta keseimbangan — seolah-olah senja yang tenang, penuh erti. Sesuai sangat untuk styling santai, sama ada nak smart atau chill je.
Juga tersedia dalam warna Putih
Design ni diinspirasikan dari batik, dengan rama-rama sebagai simbol perubahan dan keindahan yang sementara. Dikelilingi bunga kantan mekar dan motif botani berputar, rekaan ni gabungkan nostalgia dengan elemen moden. Potongan oversized dan kain super lembut menjadikan baju ni pilihan yang selesa tapi tetap stylish — perfect untuk korang yang suka budaya tradisi dalam sentuhan baru.
Juga tersedia dalam warna Hitam
Design ni ambil ilham dari pergerakan lembut wau tradisional Malaysia. Gabungan warna lilac, ungu gelap, dan amber menghasilkan corak padu yang membentuk bulatan — melambangkan keseimbangan, aliran, dan warisan budaya. Sesuai sangat untuk korang yang nak keselesaan sepanjang hari tapi tetap nak tampil stailo dengan elemen budaya.
UNISEX TOTE BAG | RM99
Juga tersedia dalam warna Hijau
Tote bag ni hadir dalam dua gaya warna yang berbeza — tona hangat ala matahari terbenam untuk korang yang suka gaya ceria, dan warna hijau hutan yang lebih tenang untuk mereka yang suka vibe nature yang chill. Rekaan ni meraikan ekspresi diri sambil mengangkat keindahan alam semula jadi Malaysia. Versatil dan mudah digayakan dengan apa jua outfit, tote ni memang teman terbaik untuk gaya hidup aktif dan santai harian.
DEBUT YANG BERJAYA DI THE EXCHANGE TRX
Sebagai tanda pelancaran rasmi kolaborasi seni ni, Skechers mengadakan majlis media di butik mereka di The Exchange TRX pada 17 April 2025 (Khamis). Tetamu yang hadir berpeluang menyaksikan sendiri magis Haris Rashid dalam sesi live painting, sambil mendalami proses kreatif di sebalik setiap karya dia.
Ada juga sesi model showcase yang memperkenalkan keseluruhan koleksi — dan bestnya, Haris sendiri berkongsi cerita di sebalik setiap design yang dihasilkan.
Yang paling menarik, tetamu turut diajak join aktiviti charm-making, di mana mereka hasilkan cenderahati kecil yang diinspirasikan daripada elemen dalam koleksi SkechVibe. Majlis ni bukan sekadar pelancaran produk, tapi jadi ruang untuk berbual dan berkongsi tentang seni, budaya dan hasil kerja kreatif — satu penghormatan kepada bakat tempatan dalam bentuk yang fun dan boleh dipakai.
Sekarang, koleksi Skechers SkechVibe dah pun mula dijual — tapi untuk masa terhad je tau! Harga bermula dari RM99 dan boleh didapati di beberapa butik konsep Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall dan 1 Utama Shopping Centre. Nak beli online pun boleh — terus je ke Shopee dan Lazada.