Kuala Lumpur, 19 April 2025 – Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan pelancaran rasmi rangkaian peralatan rumah pintar 2025 Bespoke AI: Bespoke AI Side by Side Refrigerator, Bespoke AI Laundry Top Load dan Bespoke AI Jet Ultra. Direka untuk memberikan kemudahan dan kecerdasan yang lebih tinggi dalam rutin harian, peralatan ini menampilkan fungsi pintar yang menyesuaikan diri dengan tingkah laku pengguna, meningkatkan penggunaan tenaga dan menyatu dengan mudah dalam gaya hidup moden yang serba berkait.
“Di Samsung, matlamat kami adalah untuk memudahkan kehidupan harian melalui inovasi AI yang bermakna. Dengan peralatan Bespoke AI kami, kami membawa teknologi AI Home canggih ke lebih banyak isi rumah, menawarkan penyelesaian pintar yang mentakrifkan semula kehidupan moden.
“Dikuasakan oleh sambungan lancar SmartThings, keselamatan dipercayai Knox, dan interaksi suara semula jadi melalui Bixby, kami sedang mengubah cara pengguna berinteraksi dan menguruskan peralatan rumah mereka,” kata Encik Charles Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.
Peralatan terkini ini juga dilengkapi dengan skrin terbina dalam dan kawalan suara, membolehkan pengguna mengakses maklumat penting dan mengurus persekitaran rumah mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Penyimpanan Makanan yang Lebih Pintar dan Peribadi: Bespoke AI Side-by-Side Refrigerator
Dikuasakan oleh AI, Bespoke AI Side-by-Side Refrigerator 2025 berkapasiti 594L kini tampil dengan reka bentuk baharu yang anggun dan skrin AI Home LCD bersaiz 9 inci. Paparan pintar ini membolehkan komunikasi lancar antara semua peranti Samsung menggunakan arahan suara melalui Bixby.
Ia juga menyokong Multi-Device Experience (MDE), menghubungkan segala-galanya dari telefon pintar hingga peralatan rumah – membolehkan pengguna menjawab panggilan, memainkan muzik, dan menerima cadangan resipi melalui SmartThings Food Management. Dengan kawalan sepenuhnya di hujung jari, pengguna boleh memantau penyimpanan makanan secara masa nyata, menjadikan pembelian barangan dapur lebih bijak dan cekap.
Peti sejuk ini turut dilengkapi dengan ciri AI pintar seperti Auto Open Door. Dilengkapi dengan sensor di kedua-dua belah, ia mengesan apabila tangan pengguna penuh dan akan terbuka secara automatik dengan sentuhan ringan atau arahan suara, mengurangkan kesulitan dalam rutin harian.
Untuk kecekapan tenaga, AI Energy Mode dalam SmartThings membantu mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 10%. Ia sentiasa menjejak penggunaan tenaga, menganggarkan bil elektrik bulanan, dan memberikan cadangan bijak untuk penjimatan tenaga.
Setelah diaktifkan, ia mengoptimumkan kelajuan pemampat dan kekerapan kitaran nyah beku berdasarkan keadaan persekitaran secara masa nyata. Untuk memastikan persekitaran peti sejuk yang lebih segar dan bersih, ia turut mempunyai penapis dan penyahbau UV terbina dalam yang memastikan pengedaran udara segar dan menghapuskan bau setiap hari.
Lebih Pintar, Lebih Senyap, Lebih Bersih: Bespoke AI Laundry Top Load
Bagi menghapuskan kerumitan rutin dobi yang rumit, Samsung memperkenalkan teknologi AI dalam Bespoke AI™ Top-Load Washer berkapasiti 13kg–21kg, menjadikan kerja mencuci lebih mudah, lebih praktikal dan tanpa kerisauan. Dengan tiga fungsi AI utama — AI Wash, AI Energy Mode, dan AI Vibration Reduction Technology Plus (VRT+™) — Mesin basuh baharu ini menawarkan pengalaman mencuci yang pintar, cekap dan senyap.
AI Wash mengesan jenis fabrik dan berat cucian, lalu melaraskan tetapan seperti paras air, tahap putaran dan tempoh cucian/bilasan untuk hasil terbaik. Pengguna juga boleh mengurangkan penggunaan tenaga mesin basuh mereka dengan menggunakan SmartThings AI Energy Mode. Apabila diaktifkan untuk kitaran tertentu, ia membantu mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 20% melalui algoritma pintar yang telah dipertingkatkan.
Sementara itu, teknologi AI VRT+™ menganalisis data daripada sensor untuk mengurangkan bunyi dan getaran, memberikan pengalaman mencuci yang lebih senyap tanpa mengira jenis lantai.
Mesin basuh bukaan atas ini turut dilengkapi dengan teknologi Ecobubble™ untuk cucian lebih cekap dengan kurang kerosakan pada fabrik. Ia menggabungkan BubbleStorm™, yang melarutkan detergen menjadi buih untuk penyerapan fabrik yang lebih pantas, dan Dual Storm™, yang membantu pencampuran buih dan pakaian dengan lebih menyeluruh. Sistem ini menggunakan sehingga 25% kurang tenaga dan sehingga 13% kurang air, mencuci 2.5 kali lebih pantas serta memberikan penjagaan fabrik sehingga 20% lebih baik, sekali gus mengurangkan kehausan pada pakaian.
Serasi dengan SmartThings, pengguna boleh memantau dan mengawal cucian mereka dari jauh. Untuk ketenangan minda, Digital Inverter Motor disertakan dengan jaminan selama 20 tahun, menjamin ketahanan jangka panjang dan prestasi yang boleh dipercayai.
Prestasi Pembersihan Paling Berkuasa Kami: Bespoke AI Jet Ultra
Turut diperkenalkan ialah penyedut hampagas tanpa wayar paling berkuasa daripada Samsung, Bespoke AI Jet Ultra. Dengan kuasa sedutan sehingga 400W, ia mampu membersihkan walaupun kotoran yang paling degil dengan mudah.
Jantungnya ialah HexaJet Motor, yang direka dengan struktur pemegun heksagon, penyebar peringkat kedua dan kipas impeller yang lebih nipis untuk aliran udara dan kecekapan motor yang optimum. Motor ini juga membolehkan sehingga 100 minit tempoh penggunaan dengan satu cas dalam mod Min, sesuai untuk membersihkan seluruh rumah dalam satu sesi.
Dilengkapi dengan AI Cleaning Mode 2.0 yang dinaik taraf, vakum ini mengesan beban berus dan tekanan udara, dan secara automatik mengoptimumkan prestasi di enam persekitaran pembersihan yang berbeza. Sama ada menggunakan Active Dual Brush atau Slim LED Brush+, ia memberikan prestasi setaraf Mod Sederhana sambil mengurangkan penggunaan bateri dan meningkatkan kebolehlenturan.
Sistem Penapisan Berlapis vakum ini menangkap habuk halus dengan kecekapan 99.999%. Teknologi penapis HEPA-nya juga memerangkap zarah sehalus 0.3µm, membantu menghalang habuk daripada dibebaskan semula ke udara.
Ciri Wi-Fi terbina dalam dan sambungan SmartThings membolehkan pengguna memantau prestasi vakum dari jauh, manakala skrin LCD pada peranti memaparkan amaran, status bateri, dan juga notifikasi panggilan — meningkatkan kemudahan semasa sesi pembersihan.
Pengalaman Lebih Terjamin dengan Keselamatan Knox yang Dipertingkatkan
Disokong oleh teknologi keselamatan yang dipercayai daripada Samsung, rangkaian terbaharu ini dilengkapi dengan Samsung Knox, yang melindungi data pengguna melalui keselamatan berlapis—memberikan pengalaman rumah pintar yang lebih selamat dan boleh dipercayai. Knox Vault juga diperkenalkan buat pertama kali dalam peralatan rumah, menyimpan data sensitif seperti kata laluan dengan selamat di dalam cip perkakasan khas.
Bagi menambah lapisan perlindungan terhadap potensi serangan kuantum pada masa hadapan, Samsung telah mengintegrasikan Post-Quantum Cryptography (PQC) ke dalam Knox Matrix Credential Sync untuk produk yang mempunyai skrin.
Selain itu, Samsung turut meningkatkan penyelenggaraan produk melalui SmartThings Home Care, yang menggunakan AI untuk memantau status peralatan dan menghantar notifikasi apabila isu dikesan. Wakil sokongan teknikal juga boleh memberikan bantuan jarak jauh berdasarkan hasil pra-diagnosis.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Peralatan Rumah AI Bespoke 2025, layari https://www.samsung.com/my/home-appliances/bespoke-home/