Agoda Raikan Dua Dekad Merapatkan Dunia Dengan Diskaun Ulang Tahun Selama Dua Minggu
Malaysia, 21 April 2025 – Platform pelancongan digital Agoda bakal meraikan ulang tahun ke-20 pada 19 Mei ini. Bagi memperingati dua dekad dalam peranannya memudahkan para pelancong menjelajah ke serata dunia dengan harga yang lebih rendah, Agoda bakal menawarkan promosi jualan global dengan diskaun sehingga 60% bermula 7 hingga 20 Mei, dan sehingga 70% pada 21 Mei.
Ditubuhkan pada tahun 2005 dengan ibu pejabat di Singapura dan operasi berpusat di Bangkok, Agoda kini telah berkembang menjadi sebuah platform pelancongan global yang terkemuka dan salah satu majikan teknologi utama di rantau Asia Pasifik. Dalam tempoh dua dekad ini, Agoda telah memperluas penawarannya, bukan sahaja hotel di Asia Tenggara, malah menjadi platform digital global yang kini menawarkan lebih 5 juta pilihan penginapan termasuk hotel dan rumah percutian, lebih 130,000 laluan penerbangan, serta lebih 360,000 aktiviti liburan.
Sepanjang 20 tahun beroperasi, Agoda telah membangunkan sistem carian canggih untuk memudahkan pengguna mencari dan menempah perjalanan impian mereka pada harga terbaik. Bagi mewujudkan pengalaman ini:
- Agoda merekodkan lebih 2 bilion interaksi pengguna setiap hari, termasuk klik, tatalan (scroll), dan pemilihan penapis carian (filter) untuk mencari penginapan yang ideal.
- Agoda mengendalikan lebih 1 trilion semakan harga setiap hari bagi memastikan pelanggan mendapat tawaran terbaik untuk penginapan, penerbangan, dan aktiviti.
- Agoda menjalankan lebih 1,000 eksperimen setiap hari bagi meningkatkan pengalaman pengguna.
- Platform Agoda memproses 12 petabait (PB) data setiap bulan, bersamaan dengan 12,000,000,000,000,000 bait storan setiap tahun.
- Aplikasi mudah alih Agoda telah dimuat turun lebih 87 juta kali, menjadikannya aplikasi OTA dengan jumlah muat turun tertinggi di rantau APAC di luar China, menurut Data.AI.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agoda, Omri Morgenshtern, berkata: “Dalam meraikan Ulang Tahun Agoda yang ke-20, kami boleh berbangga bahawa Agoda telah berjaya menjadi salah satu platform pelancongan pilihan utama di Asia Pasifik. Kejayaan Agoda terhasil daripada pembangunan syarikat teknologi berskala besar – sebahagian daripada Silicon Valley di APAC. Pencapaian ini adalah hasil dari fokus yang tidak berbelah bahagi terhadap harga dan pemahaman yang mendalam tentang budaya Asia.”
Beliau turut yakin bahawa inovasi akan terus memainkan peranan penting dalam kejayaan Agoda pada masa hadapan: “Terdapat permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan untuk pengalaman perjalanan yang boleh disesuaikan dengan cita rasa peribadi. Kepakaran Agoda terletak pada kebolehannya untuk memahami jenis hotel dan penerbangan yang paling sesuai untuk setiap pelancong, dan teknologi inovatif seperti AI generatif membolehkan kami terus berkembang untuk memberikan pengalaman tempahan perjalanan yang lebih baik. Kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk terus menghubungkan dunia untuk 20 tahun akan datang.”
Mengukuhkan komitmennya terhadap adaptasi tempatan, hubungan mendalam Agoda dengan pasaran sasarannya melangkaui teknologi dan perjalanan. Melalui inisiatif seperti kempen Eco Deals yang berjaya mengumpulkan lebih USD 1.3 juta untuk Tabung Alam Sedunia (WWF), bengkel teknologi untuk pelajar di Thailand bagi membangunkan kemahiran pekerjaan, serta lebih 17,000 jam sukarelawan yang telah disumbangkan oleh warga Agoda kepada badan amal global, syarikat ini terus memberi sumbangan kembali kepada masyarakat, terutamanya di rantau Asia Pasifik, sambil memupuk hubungan yang bermakna di seluruh dunia.
Promosi jualan ulang tahun ke-20 ini akan menawarkan diskaun sehingga 60% dari 7 hingga 20 Mei, dan sehingga 70% pada 21 Mei. Tawaran ini boleh didapati melalui laman web Agoda.com serta aplikasi mudah alih Agoda.