Bapa Kurang Upaya Merangkak Di Majlis Graduasi Anak, Runtun Hati Ramai
Seorang lelaki bergelar “bapa” mencuri perhatian ramai apabila merangkak naik ke atas pentas demi mengalungkan pingat kepada anak-anaknya semasa majlis graduasi.
Aksi menyentuh hati itu bukan sahaja mengundang air mata para hadirin, malah turut tular di media sosial.
Menurut laporan ABS-CBN News, si bapa yang dikenali sebagai Jun Jun Bueno, seorang individu kelainan upaya (OKU) yang menghidap poliomielitis atau lebih dikenali sebagai polio sejak kecil.
Penyakit ini merupakan jangkitan virus yang boleh menyebabkan kelemahan otot atau lumpuh, khususnya pada bahagian kaki.
Dalam video yang dikongsi meluas, beliau dilihat merangkak dengan penuh tekad ke atas pentas semasa majlis graduasi dua orang anaknya di Calauag National Junior High School di Quezon, Filipina.
@mothershipsg
Dalam satu temu bual bersama News5, Bueno menyatakan bahawa beliau tidak menyangka akan diberi penghormatan untuk menyerahkan sendiri pingat kepada anak-anaknya.
Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan akan naik ke pentas, tetapi tidak diberitahu bahawa beliaulah yang akan menyampaikan anugerah tersebut.
Difahamkan, momen itu lebih bermakna kerana ia adalah kali pertama beliau naik ke pentas dalam hidupnya.
Walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna, Bueno menjalankan tanggungjawab menyara keluarganya dengan membuat dapur arang.
“Salute kepada si bapa. Beliau telah membesarkan anak-anaknya dengan begitu baik sekali”
Menjengah ke ruangan komen video yang dikongsikan semula menerusi laman TikTok @mothershipsg, ramai yang memberikan pujian terhadap “hero” yang tangguh itu.
“Sudah pasti mereka amat berbangga memiliki beliau sebagai bapa,”
“Anak perempuannya pula meraih anugerah kecemerlangan. Beliau berusaha begitu keras untuk memastikan kejayaan anak-anaknya, dan akhirnya usahanya membuahkan hasil. Beliau tidak pernah membiarkan kekurangan diri menghalang untuk menjadi seorang bapa yang baik,”
BACA: Meraung Rangkul Anak Tidak Bernyawa, Coretan Si Ayah Undang Hiba
BACA: ‘Kantoi’ Kuat, Aksi Gadis-Gadis Ini Bikin Warga Maya Pecah Perut
BACA: Sambutan Meriah Open House Aidilfitri Di SJKC Tarik Perhatian Netizen
Sumber: TikTok @mothershipsg