Siakap Keli
Perempuan "Kantoi" Kuat
Kredit: TikTok @sarahaydr

‘Kantoi’ Kuat, Aksi Gadis-Gadis Ini Bikin Warga Maya Pecah Perut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Kantoi’ Kuat, Aksi Gadis-Gadis Ini Bikin Warga Maya Pecah Perut

Perwatakan wanita yang sering dianggap lemah-lembut bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita.

Dari bab minta tolong buka penutup botol, sampailah ke bab ‘mengelat’ angkat barang berat, semuanya selalu dikaitkan dengan kaum Hawa.

Tapi hakikatnya, ramai wanita yang boleh buat semua tu sendiri.

Di sebalik senyuman manis dan gaya sopan santun, tersimpan kemas rahsia yang disembunyikan daripada kaum Adam.

Wanita ni sebenarnya mampu selesaikan macam-macam situasi, cuma superpower tu akan ‘diaktifkan’ bila keadaan betul-betul mendesak.

“Selama ni kita yang tertipu sebenarnya…”

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @sarahaydr, menarik perhatian ramai apabila rahsia kaum Hawa akhirnya terdedah kepada umum.

Mana tidaknya, video yang tular itu memaparkan sekumpulan gadis sedang berusaha menarik dan menolak sebuah kereta yang hampir tergelincir ke dalam longkang.

Apa yang membuat netizen terhibur bukan saja sebab mereka berjaya selamatkan kereta tu, tapi cara mereka lakukannya cukup ‘hebat’.

Bayangkan, semua gadis dalam video tu masih berbaju kurung, ada yang berkasut tumit tinggi, siap bawa beg tangan dan fail kerja.

Tanpa menanggalkan kasut atau bersiap sedia secara fizikal, mereka terus memulakan “misi menyelamat”.

Salah seorang berada di tempat pemandu untuk kawal stereng, yang lain pula menyusun posisi dan beri sepenuh tenaga.

Hanya dengan sekali tolak, mereka berjaya menarik kenderaan tersebut daripada terus terperosok ke dalam longkang.

@sarahaydr

Sape cakap perempuan lemah 😌

♬ jangan laju laju saye nak rakam ni – KerandaToyol

“Avengers muslimah…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat gelagat mereka, dengan kaum lelaki antara yang paling galak ‘membahan’.

“Kalau lelaki tak ada, kereta pun boleh tolak. Tapi kalau lelaki ada, penutup botol pun tak boleh buka,”

“Kenapa bila ada lelaki terus jadi lemah ye?”

“Sambil pakai baju kurung? Bismillah, saya terima nikahnya…”

Tidak dilupakan, golongan wanita sendiri pun tak kurang hebatnya dalam mencuri tumpuan dengan komen-komen padu mereka.

“Kenapa kau record? Habis la lelaki tahu rahsia kita selama ni…”

“Boleh je tolak kereta sendiri. Tapi kalau ada lelaki, biarlah dia buat kerja tu,”

“Tenaga tu simpan untuk waktu-waktu genting je, gitu…”

BACA: Pisang Mas Masuk Senarai 10 Pisang Terbaik Dunia

BACA: Sambutan Meriah Open House Aidilfitri Di SJKC Tarik Perhatian Netizen

BACA: Meraung Rangkul Anak Tidak Bernyawa, Coretan Si Ayah Undang Hiba

Sumber: @sarahaydr via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.