MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 Bawakan Tenaga, Perpaduan dan Kebaikan Selama 75 Tahun ke Kuantan
MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 telah kembali ke Pantai Timur dengan kehadiran peserta yang luar biasa bagi acara di Kuantan, yang menyaksikan lebih 12,000 rakyat Malaysia berkumpul untuk meraikan tenaga positif, gaya hidup cergas dan semangat kemasyarakatan. Acara tersebut mencipta sejarah dengan kehadiran Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang berangkat bercemar duli turun padang untuk bersama rakyat dan memulakan hari dengan penuh bertenaga— cara MILO®.
Mencerminkan warisan berterusan MILO® menggalakkan cara hidup sihat dan semangat kesukanan, keberangkatan KDPB Tengku Ampuan Pahang menekankan betapa pentingnya memupuk nilai-nilai bermanfaat ini sejak dari usia muda. “MILO® telah bertapak di Malaysia selama 75 tahun, dan saya sendiri telah menikmatinya sejak kecil sehingga hari ini, saya masih minum secawan MILO® setiap pagi.

Saya berharap usaha anda di sekolah-sekolah akan diteruskan, terutamanya dengan kehadiran lori MILO®, kerana itulah yang paling diingati oleh kita semua tentang MILO®. Semasa zaman persekolahan dahulu, kami sentiasa menantikan hari sukan dan lori MILO® kami sanggup beratur untuk mendapatkannya. Minumlah MILO® ia baik untuk anda. Saya minum MILO® tanpa susu dan gula. Tahniah kepada MILO® dan Nestlé Malaysia,” titah Tengku Ampuan Pahang, menzahirkan sokongan diraja terhadap peranan berterusan MILO® dalam membentuk kehidupan harian dan kenangan manis rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.
Acara sepanjang pagi telah dipenuhi pelbagai aktiviti menarik untuk peserta termasuk MILO® Breakfast Run yang dinanti-nantikan, senaman Zumba dan kecergasan secara berkumpulan, dan juga MILO® Goodness Truck yang interaktif. Kemunculan khas Sahabat MILO®, Nadhir Nasar dan Erysha Emyra, sebagai tetamu istimewa telah memeriahkan lagi acara. Mereka turut sama menyertai larian dan beramah-mesra dengan peminat, menggalakkan anak-anak muda untuk mengamalkan kehidupan yang aktif dan sihat.

Salah satu detik yang paling menyentuh hati ialah apabila seorang kanak-kanak lelaki berhenti kira-kira seratus meter dari garis penamat untuk menunggu neneknya, dan kemudian mereka bersama-sama berjalan sambil berpimpin tangan untuk menamatkan larian — mengingatkan kita semua bahawa matlamat MILO® Malaysia Breakfast Day ialah untuk kita melangkah maju ke hadapan, bersama-sama.
Acara tahun ini juga diadakan bersempena dengan tahun ke-75 MILO® bertapak di Malaysia, membekalkan khasiat pemakanan sejak turun-temurun sambil menyokong matlamat kesihatan dan kesejahteraan negara. “Kami benar-benar berbesar hati atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang untuk berangkat bercemar duli ke MILO® Malaysia Breakfast Day di Kuantan.

Sesungguhnya sokongan dan keperihatinan KDPB Tengku Ampuan Pahang begitu bermakna buat kami semua di Nestlé sambil kami meraikan 75 tahun MILO® membekalkan khasiat pemakanan sejak turun-temurun kepada rakyat Malaysia, dan perjalanan 112 tahun Nestlé di Malaysia. Keberangkatan KDPB Tengku Ampuan Pahang menyerikan acara dan mendorong kami untuk meneruskan komitmen menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan membina masyarakat yang lebih kuat bertenaga bersama-sama,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia.
Acara kami sesuai disertai oleh seisi keluarga. Terdapat seorang ibu yang kelihatan berjoging dengan anak kecilnya, sentiasa memberi kata-kata semangat apabila si kecil nampak letih dan memperlahankan langkah. Sepanjang larian, mereka gelak ketawa dan berhenti di setiap stesen air untuk menghilangkan dahaga, dan akhirnya mereka tiba di garisan penamat berpimpin tangan – berkongsi bukan sahaja kejayaan menamatkan larian tetapi juga keseronokan meluangkan masa bermakna bersama-sama.

“Ini kali ketiga kami sertai sebab memang seronok dapat bawa family dan luang masa bersama. Sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan, dan anak-anak memang suka MILO®; setiap pagi, mesti ada MILO® waktu sarapan. Dalam kesibukan kerja, inilah peluang terbaik untuk rapatkan hubungan keluarga,” kongsi Nor Shahila binti Ramli dan Mohd Dzul Haimi, ibu bapa yang turut serta dalam larian ini bersama keluarga.
“Seronok tengok suasananya di media sosial, jadi kami sekeluarga ambil peluang rasai sendiri. Anak-anak suka minum MILO® setiap pagi sebelum ke sekolah, jadi mereka sangat teruja nak sertai! Acara macam ini mengeratkan hubungan keluarga dan komuniti. Selain kami, adik-beradik lain pun turut hadir hari ini, kata Atiqah Ameran dan Maliki Shafie, ibu bapa yang membawa keluarga besar mereka untuk turut serta.

MILO® Terus Meluaskan Capaian Ke Seluruh Negara
Berikutan kejayaannya di Putrajaya, Johor, Pulau Pinang dan kini Kuantan – dengan penyertaan hampir 60,000 rakyat Malaysia – MILO® Malaysia Breakfast Day akan meneruskan perjalanan dengan melancarkan dua lokasi baharu pada suku tahun akan datang, iaitu Kedah & Terengganu. Perkembangan ini menekankan lagi komitmen berterusan MILO® untuk membawakan pengalaman sukan dan kesejahteraan yang mesra keluarga dan mudah disertai kepada masyarakat di seluruh Malaysia.
Sambil MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 terus meluaskan capaian, acara ini kekal sebagai wadah yang bermakna untuk memperlihatkan kepentingan sarapan, menggalakkan gaya hidup aktif dan meraikan 75 tahun MILO® membekalkan khasiat pemakanan dan meniup semangat rakyat Malaysia.
Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang lokasi acara akan datang, sila layari www.milo.com.my.