Siakap Keli
Pelancaran Ibu Pejabat Baharu Dr Anne Skincare
Gambar Hiasan

Pelancaran Ibu Pejabat Baharu Dr Anne Skincare

Pelancaran Ibu Pejabat Baharu Dr Anne Skincare

Kajang, 21 April 2025 – Jenama tempatan penjagaan kulit, Dr. Anne Skincare, secara rasmi melancarkan ibu pejabat baharu mereka yang terletak di Kajang, Selangor.

Majlis ini turut diraikan dengan satu lagi pencapaian membanggakan apabila produk terkemuka mereka, Advanced Metabiotic Micro Essence, berjaya mencatat rekod sebagai Produk Penjagaan Kulit Tempatan Pertama Yang Menggunakan Metabiotik oleh Malaysia Book of Records.

Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor yang memberikan sokongan penuh terhadap pencapaian tempatan dan usaha memperkasa usahawan wanita dalam industri kecantikan.

Jenama Dr. Anne Skincare diasaskan berdasarkan pengalaman peribadi pengasasnya, Dr. Nurhidayah Roslan, atau lebih dikenali sebagai Dr. Anne, yang menghadapi masalah ekzema teruk, di mana pengalaman perit menghidapi penyakit kulit tersebut menjadi pencetus semangat bagi beliau untuk mencipta penyelesaian kepada mereka yang menghadapi masalah yang sama.

Dr Anne Skincare berkembang daripada sebuah makmal kecil kepada perniagaan berimpak tinggi yang kini memiliki kilang sendiri serta ibu pejabat tiga tingkat yang mampu menempatkan sehingga 100 orang staf.

“Saya tak pernah bayangkan suatu hari nanti saya akan meninggalkan dunia makmal yang saya impikan sejak saya kecil bagi membina perniagaan saya sendiri. Namun, pengalaman perit saya bersama ekzema telah menjadi pencetus utama untuk saya membina solusi sebenar kepada masalah kulit yang dihadapi ramai,” ujar Dr. Anne, pengasas dan Ketua Saintis jenama ini.

Pelancaran pejabat urusan ini bukan sahaja menjadi simbol kejayaan Dr. Anne Skincare, malah turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung.

Antara aktiviti yang ditawarkan termasuklah jualan murah dengan potongan harga sehingga 50%, serta peluang mencuba produk secara percuma. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menjalani analisis kulit menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memahami keperluan kulit mereka dengan lebih tepat.

Majlis ini turut mengetengahkan inisiatif kitar semula, di mana pengunjung yang membawa botol lama produk Dr. Anne Skincare akan menerima produk baharu sebagai ganjaran.

Tidak ketinggalan, pelancaran produk terbaharu iaitu Hydrabright Lip Serum hasil kolaborasi bersama NR Cosmetics turut diumumkan semasa majlis berlangsung.

Mengangkat motto “From Lab To Love: The Science of Skincare That Cares”, Dr. Anne Skincare terus berpegang kepada prinsip sains dan keikhlasan dalam menghasilkan produk yang selamat, berkesan dan beretika tanpa mengeksploitasi ketidakyakinan pelanggan.

Selepas menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records, Dr Anne Skincare kini bersedia untuk mengorak langkah menembusi pasaran antarabangsa bermula dengan Singapura, Brunei dan Turki.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.