Saint-Gobain Malaysia Menawarkan Sokongan Pembinaan Semula Rumah untuk Penduduk yang Terjejas Akibat Letupan Gas Di Putra Heights
KUALA LUMPUR, 21 April 2025 – Saint-Gobain Malaysia, pembekal penyelesaian sistem sehenti bahan binaan, tampil memberikan sokongan kepada penduduk yang terjejas akibat letupan gas di Putra Heights baru-baru ini, dengan menawarkan e-baucar RM1,000 bagi membantu usaha pembinaan semula rumah. Baucar ini boleh ditebus untuk mendapatkan produk Saint-Gobain di pengedar yang terlibat dalam inisiatif, bagi membantu kerja-kerja pemulihan rumah dan infrastruktur yang rosak akibat letupan tersebut.
“Di Saint-Gobain, kami percaya bahawa tanggungjawab kami bukan sekadar membina rumah, tetapi juga membentuk komuniti yang berdaya tahan dan mampan. Kami turut merasai kesedihan mereka yang terkesan akibat tragedi letupan gas di Putra Heights, dan komited dalam memberikan sokongan kepada penduduk yang terjejas dalam proses pemulihan mereka. Dengan menawarkan e-baucar ini, kami berharap ia dapat membantu proses pembinaan semula dan memastikan rumah serta kehidupan mereka yang terkesan dapat dipulihkan secepat mungkin,” kata Lynette Siow, Ketua Pegawai Eksekutif Saint-Gobain Malaysia dan Singapura.
Cara Menebus e-Baucar
Penduduk Putra Heights yang terjejas boleh menebus baucar dengan mendaftar maklumat mereka melalui kod QR pada poster atau melalui borang yang disediakan. E-Baucar akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan dalam borang tersebut. E-Baucar ini boleh digunakan untuk pembelian mana-mana produk Saint-Gobain termasuk Gyproc, Weber, Prima, dan Tekbond di mana-mana pengedar Saint-Gobain yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini.
Saint-Gobain: Peneraju Global dalam Pembinaan Mampan
Saint-Gobain, peneraju global dalam pembinaan mampan, telah mencetuskan inovasi dalam sektor bahan binaan selama 360 tahun. Dengan komitmen yang kukuh terhadap inovasi dan kemampanan, Saint-Gobain menawarkan pelbagai produk berprestasi tinggi yang membantu membina bangunan serta kediaman yang cekap tenaga, tahan lasak, dan mesra alam. Di Malaysia, barisan jenama terkemuka Saint-Gobain termasuk Gyproc, Weber, Prima, dan Tekbond, yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam menawarkan penyelesaian pembinaan yang mampan dan berkualiti tinggi. Produk-produk ini dipercayai oleh arkitek, pembina bangunan, dan pemilik rumah kerana ciri-cirinya yang inovatif serta manfaatnya terhadap alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Sokongan Pembinaan Semula Rumah Putra Heights oleh Saint-Gobain Malaysia serta senarai pengedar yang mengambil bahagian, sila layari: https://www.saint-gobain.my/corporate-social-responsibility