Siakap Keli
tip tandas berlendir hanyir
Gambar: AFP

Tip Elak Lantai Tandas Berlendir & Hanyir

Tip Elak Lantai Tandas Berlendir & Hanyir

Bila ada tetamu nak datang ke rumah, biasanya kita akan kalut kemas ruang tamu, siapkan air dan kudapan.

Tapi kadang-kadang kita lupa satu tempat penting yang juga akan jadi ‘pusat perhatian’ tetamu – tandas.

Tandas ni perlu dijaga rapi, bukan setakat bersih-bersih biasa, tapi biar berkilat, wangi dan selesa untuk digunakan.

Dari situlah mereka dapat ‘gambaran’ tentang tuan rumah – pemalas ke, pengotor ke, atau jenis tak ambil peduli.

Paling kita tak nak, cerita pasal tandas kita tu jadi bahan gosip dekat mana-mana nanti. Malu kan?

Jadi kalau tak nak aib diri sendiri, eloklah kita ambil serius hal kebersihan tandas ni. Benda ni kan penting juga untuk keselesaan keluarga sendiri.

Nak tahu macam mana nak elakkan tandas rumah jadi sarang bau hanyir, lumut atau kotoran degil?

6 tip penting korang ‘wajib’ tahu

Menurut laman Instagram @homehabitgroup, ini enam tip nak elak lantai tandas berlendir dan hanyir.

1. Bilas sisa sabun selepas mandi

Selepas mandi, pastikan anda bilas semua sisa sabun badan dan syampu yang tertinggal di lantai. Sisa inilah yang biasanya menyebabkan lantai jadi berlendir dan licin.

2. Jangan guna sabun basuh baju untuk cuci tandas

Sabun basuh baju boleh tinggalkan lapisan melekit pada lantai tandas. Ini buatkan lantai cepat menjadi licin dan tidak selesa dipijak.

3. Sediakan penarik air di dalam tandas

Selepas mandi, gunakan penarik air untuk tolak keluar air yang bertakung di lantai. Ini membantu mengurangkan kelembapan dan kesan sabun yang tertinggal.

4. Sental lantai sekurang-kurangnya setiap 3 hari

Membersihkan lantai secara berkala dapat mengelakkan kotoran dan sisa sabun daripada terkumpul. Gunakan berus lantai dan pencuci khas untuk hasil yang lebih berkesan.

5. Pastikan pengudaraan tandas baik

Jika tandas ada tingkap, buka selepas mandi supaya udara keluar masuk dengan baik. Pengudaraan yang baik bantu kurangkan kelembapan yang boleh sebabkan kulat dan lendir terbentuk.

6. Siram lantai dengan air panas seminggu sekali

Air panas boleh mencairkan sisa sabun degil dan minyak badan yang melekat pada lantai. Amalkan seminggu sekali untuk pastikan lantai sentiasa bersih dan tidak licin.

Semoga bermanfaat.

BACA: Meraung Rangkul Anak Tidak Bernyawa, Coretan Si Ayah Undang Hiba

BACA: ‘Kantoi’ Kuat, Aksi Gadis-Gadis Ini Bikin Warga Maya Pecah Perut

BACA: Sambutan Meriah Open House Aidilfitri Di SJKC Tarik Perhatian Netizen

Sumber: IG @homehabitgroup

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.