Siakap Keli
Bank Rakyat Perkenal Akaun-i eGOLD, Mudahkan Pelaburan Emas Secara Digital
Gambar Hiasan

Bank Rakyat Perkenal Akaun-i eGOLD, Mudahkan Pelaburan Emas Secara Digital

Bank Rakyat Perkenal Akaun-i eGOLD, Mudahkan Pelaburan Emas Secara Digital

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2025 – Bank Rakyat memperkenalkan Akaun-i eGold sebagai platform pelaburan emas digital patuh syariah yang membolehkan pelanggan untuk membeli menjual emas secara mudah dan selamat melalui saluran perbankan internet iRakyat.

Akaun ini menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk memiliki emas berkualiti 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) dengan hanya serendah RM10, di samping menawarkan pengalaman pembelian dan penjualan emas pada harga masa sebenar serta berpeluang untuk menikmati perbezaan antara harga belian dan harga jualan yang lebih kompetitif.

Pelanggan turut mempunyai pilihan untuk menukar baki emas yang ada di dalam Akaun-i eGold Bank Rakyat untuk mendapatkan emas fizikal dengan denominasi daripada 0.5 gram sehingga 100 gram emas dan dihantar terus kepada alamat pilhan pelanggan melalui perkhidmatan penghantaran yang disediakan.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, produk baharu ini diperkenalkan sebagai komitmen Bank dalam menggalakkan pelanggan mempelbagaikan aset kewangan mereka dengan menambah emas sebagai aset pelaburan alternatif atau memanfaatkannya sebagai penyelesaian simpanan jangka masa panjang dan fleksibel.

”Akaun-i eGold merupakan platform patuh syariah yang menawarkan peluang pelaburan emas yang dipercayai dan terjamin sejajar dengan prinsip kewangan Islam sambil di sokong pelaburan bersandarkan emas fizikal.”

“Selain memudahkan orang ramai untuk memiliki emas pada paras permulaan mampu milik, produk ini merupakan sebahagian daripada usaha Bank dalam menyediakan perkhidmatan inklusif kepada semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam urus niaga emas iaitu membeli, menjual dan menukar pelaburan emas secara digital kepada emas fizikal bagi mencapai matlamat kewangan dengan mudah.”

Pelanggan hanya perlu mempunyai Akaun Semasa-i, Akaun Simpanan-i atau Akaun Pelaburan-i Bank Rakyat dan perbankan internet iRakyat untuk memulakan transaksi pelaburan di Akaun-i eGold Bank Rakyat. Kemudahan ini tersedia untuk individu berumur 13 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria kelayakan.

Sekiranya berminat atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk ini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 atau kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran serta ikuti media sosial rasmi @mybankrakyat.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.