Siakap Keli
lilin halau nyamuk
Kredit: Ehsaas TV

Cara Buat Sendiri Lilin Penghalau Nyamuk, Guna 3 Bahan Je

Cara Buat Sendiri Lilin Penghalau Nyamuk, Guna 3 Bahan Je

Kelebihan mempunyai dapur sendiri tentu berpaksi kepada kepuasan dapat mencuba pelbagai resipi, tip dan petua yang boleh digunakan dalam aktiviti seharian.

Tidak hanya tertakluk kepada aktiviti memasak, pelbagai bahan buatan sendiri dapat dihasilkan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur.

Tahukah anda?

Sesetengah rempah yang ada tersimpan di dalam balang di dapur anda sebenarnya boleh digunakan untuk menghalau serangga. Antaranya nyamuk. Sejak bertahun lama, bunga cengkih digunakan sebagai penghalau nyamuk disebabkan bahan kimia semula jadi yang ada di dalamnya.

Pelbagai cara dan petua pernah dikongsikan termasuk menggunakan limau yang dicucuk dengan bunga cengkih.

Kali ini, SK ingin kongsikan dengan anda satu lagi cara menghalau nyamuk menggunakan bunga cengkih. Tidak hanya murah, malah cara ini pasti membuatkan rumah anda berbau sedap di samping kelihatan cantik dengan kehadiran lilin penghalau nyamuk.

BACA: Apa Maksud Minyak Wangi Bau “Spicy”? Ini Jawapannya

Pertama sekali, anda perlu cairkan beberapa batang lilin biasa dengan cara didihan berlapis (double boiling). Pastikan anda menggunakan api perlahan ketika proses pendidihan. Apabila lilin telah cair sepenuhnya, keluarkan tali pencucuh.

lilin halau nyamuk
Kredit: Ehsaas TV

Pastikan tali pencucuh diletak di tempat yang selamat dan dalam keadaan terpisah supaya boleh digunakan semula.

Hal ini berikutan lilin yang ada pada tali tersebut akan mengeras dan menyebabkan tali-tali tersebut melekat.

Selepas susun tali pencucuh, tuang lilin yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Anda boleh memilih mangkuk yang cantik supaya lilin tampil lebih sesuai di mana-mana ruang rumah.

Sebelum lilin mula mengeras, masukkan beberapa ketul bunga cengkih serta satu sudu serbuk kulit kayu manis. Jika tiada, boleh sahaja anda gunakan kulit kayu manis yang biasa. Ambil sekeping dan kisar kering. Kacau campuran lilin dan kulit kayu manis hingga sebati. Kemudian letakkan tali pencucuh di tengah-tengah bekas.

Pesanan SK, pastikan anda lakukan semua proses ini dalam kadar yang cepat kerana lilin akan cepat mengeras selepas diangkat dari api dapur.

Satu tip untuk memastikan tali pencucuh berada di tengah lilin dan berada dalam keadaan menegak, gantung tali menggunakan penyepit baju seperti gambar di bawah.

Apabila lilin telah membeku, potong sedikit lebihan tali pencucuh.

Lilin penghalau nyamuk buatan sendiri siap. Tidak seperti penghalau serangga yang lain, bau sedap berempah bakal memenuhi ruang rumah anda apabila lilin dinyalakan.

Selamat mencuba.

https://fb.watch/z5MowS8hdu/

Sumber: Ehsaas TV

BACA: Jangan Panik, Ini 5 Tip Selamatkan Kereta Selepas Tenggelam Dalam Banjir

BACA: Hasil Jualan Hampir RM60k, Lelaki Kongsi Rahsia Untung Tanam Cili

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.