Siakap Keli
gaji syiling
Kredit: YouTube/TVBS NEWS via SCMP

Didakwa Prestasi Buruk, Majikan Bayar Gaji Guna Duit Syiling

Didakwa Prestasi Buruk, Majikan Bayar Gaji Guna Duit Syiling

Taiwan – Seorang bekas pekerja sebuah kedai menjual minuman menerima gaji terakhir berjumlah kira-kira TWD6,972 (RM944.73) dalam bentuk syiling, lapor South China Morning Post.

Pemberian gaji berbentuk duit syiling itu didakwa sebagai satu bentuk pendidikan daripada majikan terhadap gadis berkenaan menjadi perdebatan hangat apabila tular di media sosial.

Bekas pekerja yang berusia 19 tahun itu memuat naik kisah berkenaan gaji terakhir yang diterima daripada majikannya. Duit syiling tersebut diserahkan di dalam satu beg plastik selepas dia menghantar surat peletakan jawatannya.

Difahamkan, dia mengambil masa kira-kira satu jam untuk mendepositkan syiling berbentuk TWD1, TWD5 dan TWD10 itu ke akaun bank.

“Saya dapati kurang TWD20 (RM2.17) dan beritahu pada majikan yang berjenaka, ‘Ada pengemis ni, beri dia TWD20’,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik kedai berkata pemberian gaji berbentuk syiling itu merupakan satu cara untuk ‘mendidik’ bekas pekerjanya.

Dia mendakwa gadis itu menunjukkan sikap yang buruk terhadap rakan sekerja. Malah, bekas pekerjanya itu juga didakwa sering tidak datang kerja.

“Saya beritahu dia ketika kita bekerja, kita perlu melayan orang lain dengan penuh hormat dan kekalkan komunikasi yang baik. Jawapan yang dia berikan acuh tak acuh. Sikap kurang sabarnya dikatakan kerana dia baru saja bangun dari tidur,” jelas majikan tersebut.

Dalam masa yang sama, majikan berkenaan turut mendakwa wanita terbabit telah membuat pinjaman bayaran pendahuluan gajinya hanya selepas bekerja selama sebulan. Bekas pekerja tersebut juga dikatakan tidak hadir bekerja selama tiga hari tanpa sebarang notis.

“Penggubal undang-undang perlu menyemak semula undang-undang di Taiwan. Saya menyokong pencegahan eksploitasi buruh, tetapi saya ingin bertanya, mengapa tiada langkah yang sepadan untuk tangani pekerja yang tidak hadir tanpa permohonan cuti atau gagal menghadirkan diri untuk bekerja tanpa sebarang sebab?” ujarnya lagi.

Dia turut menambah, selepas menyerahkan gaji berbentuk syiling itu, majikan tersebut menawarkan kepada bekas pekerjanya untuk menukar syiling tersebut kepada wang kertas dengan syarat, gadis tersebut membuat permohonan maaf. Namun tawaran tersebut ditolak.

Sumber: South China Morning Post

BACA: Remaja Cedera Parah Terjatuh Dari Pendulum Di Taman Tema

BACA: Dua Dari Tiga Pemain Malaysia Tidak Sertai Asean All Stars

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.