Malaysia, Bersedia untuk Gerakkan Minda dan Tubuh Anda bersama ASICS
Kuala Lumpur, 17 April 2025 – Susulan pelancaran rasmi Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025, ASICS dengan bangganya mengumumkan sebagai rakan rasmi pakaian dan kasut bagi acara larian terbesar itu. Selain itu, kategori separuh maraton kini akan dikenali sebagai ASICS Half Marathon.
Ini merupakan pencapaian penting bagi jenama ini dalam misinya untuk menggalakkan pergerakan fizikal sebagai jalan ke arah kesejahteraan mental, di samping mengukuhkan komitmennya dalam menyokong dan membangunkan komuniti pelari di Malaysia.
“Kerjasama ini menandakan babak baharu yang cukup bermakna dalam perjalanan kami. Sebagai jenama yang berada di barisan hadapan dunia larian, berkolaborasi dengan penganjur maraton terkemuka adalah langkah strategik yang memperkukuh komitmen kami terhadap sukan ini dan mengukuhkan ekosistem larian. Bersama, kita bukan sahaja mendorong ke hadapan malah kita sedang mentakrifkan semula standard dan meningkatkan pengalaman larian untuk semua peringkat pelari,” kata Yogesh Gandhi, Pengarah Urusan ASICS Asia.
Daripada proses pendaftaran hinggalah ke hari perlumbaan, ASICS bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif dan manfaat untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan peserta, termasuk:
Keistimewaan eksklusif untuk ahli OneASICS™:
- Baucar diskaun khas gear KLSCM dan akses eksklusif/utama kepada produk serta aktiviti ASICS.
Pelan latihan peribadi:
- Akses percubaan percuma Runkeeper Go™, aplikasi latihan premium ASICS yang menawarkan latihan serta motivasi khusus dan analisis mendalam untuk membantu anda mencapai matlamat.
Program Run for Rewards:
- Jejak sesi latihan anda di Runkeeper™ dan nikmati ganjaran tambahan untuk pembelian ASICS seterusnya serta peluang memenangi hadiah bulanan, termasuk percutian ke ASICS Regional META : Time : Trials Thailand 2025.
Bengkel latihan fizikal:
- Kerjasama dengan kelab larian KLSCM yang dikendalikan pakar serta sesi mingguan ASICS Running Club.
Di samping prestasi, ASICS juga dalam perancangan untuk melancarkan barangan edisi khas bertemakan perlumbaan, hasil kerjasama dengan pasukan produk serantau dalam meraikan semangat maraton ini.
Mencetus Inspirasi untuk Generasi Baharu
“Kerjasama ini lebih daripada sekadar perlumbaan. Ia adalah tentang mencetuskan gerakan,” tambah Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara ASICS Malaysia. “Kami mahu menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan muda untuk mengikat tali kasut, melangkah ke hadapan, dan mengenali potensi diri dari segi fizikal dan mental.”
Dengan permulaan baharu ini, ASICS Malaysia bersedia untuk menerajui pelbagai aktiviti menarik dalam bulan-bulan mendatang untuk semua peserta.
Mulakan perjalanan kecergasan anda hari ini dan sertai program keahlian OneASICS™ untuk pelbagai manfaat eksklusif di:
https://www.asics.com/my/en-my/mk/oneasicsmy
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ASICS serta rangkaian kasut dan pakaian larian terkini, sila layari:
Website: ASICS.COM
Facebook: ASICS
Instagram: @asicsmalaysia