Siakap Keli
Memperkenalkan Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender: 2X Kuasa Membersih, wangian Lavender, dan 99.9% Perlindungan Antibakteria
Dari kiri ke kanan: Ketua Negara Gentle Supreme, Ng Hock Guan dan Duta Jenama Daia, Neelofa, di majlis pelancaran Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender.

Memperkenalkan Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender: 2X Kuasa Membersih, wangian Lavender, dan 99.9% Perlindungan Antibakteria

Memperkenalkan Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender: 2X Kuasa Membersih, wangian Lavender, dan 99.9% Perlindungan Antibakteria

Putrajaya, 24 April 2025 – Dalam dunia moden yang bergerak pantas, masa amat berharga dan kerja rumah sememangnya tidak pernah habis. Ramai keluarga di Malaysia menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas mencuci pakaian. Mereka terpaksa menggunakan pelbagai jenis produk cucian seperti pencuci, pelembut dan pewangi di mana setiap satu mempunyai fungsi berbeza seperti mencuci, melembut, dan mengharumkan pakaian. Ini menjadikan tugas yang sepatutnya mudah menjadi lebih sukar, mahal, dan berserabut. Dengan jadual yang padat setiap hari, kerja mencuci pakaian terasa seperti satu beban. Pengguna kini mencari penyelesaian yang lebih mudah, menjimatkan masa, tidak rumit dan membuahkan hasil yang mereka harapkan. Daia menyahut cabaran ini dengan pelancaran Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, penyelesaian cucian lengkap yang menggabungkan kuasa cucian berganda, haruman mewah lavender serta kelembut dengan 99.9% perlindungan antibakteria dengan hanya menggunakan satu produk sahaja.

Duta Jenama Daia, Neelofa, di Majlis Pelancaran Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, satu penyelesaian dobi lengkap yang direka untuk menggabungkan cucian berkuasa, haruman lavender mewah yang meninggalkan pakaian terasa lembut, serta perlindungan antibakteria 99.9%, semuanya dalam satu produk yang mudah digunakan.

Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Gentle Supreme Sdn. Bhd, berkata, “Isi rumah di Malaysia memerlukan produk yang bukan sahaja memberikan pakaian yang bersih, juga memberi nilai tambahan di dalam setiap cucian. Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender adalah jawapannya. Formula 2X Kuasa Membersih menghapuskan kotoran degil, manakala campuran pelembut dan pewangi lavender akan membuatkan pakaian lembut dan berbau segar—tanpa perlu menambah pelembut atau pewangi lagi. Ia juga memberikan 99.9% perlindungan antibakteria dan pakaian tetap berbau wangi walaupun dijemur di dalam rumah”.

Dikuasakan dengan Teknologi Smart IONTM, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender memastikan cucian yang menyeluruh dengan menghalang kotoran melekat pada pakaian. Formulasi ini memberikan prestasi cucian yang luar biasa tanpa perlu merendam atau memberus, malah turut memelihara kesejahteraan kulit dan fabrik. 

Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender baharu kini dilancarkan di Malaysia oleh usahawan dan personaliti media terkenal, Neelofa, yang kini dilantik sebagai Duta Jenama rangkaian produk Daia.

Duta Jenama Daia, Neelofa, di Majlis Pelancaran Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, iaitu satu penyelesaian dobi lengkap yang menggabungkan cucian berkuasa, haruman lavender mewah yang memberikan kelembutan pada pakaian, serta perlindungan antibakteria 99.9% — semuanya dalam satu produk yang mudah dan praktikal.

“Sebagai seorang usahawan dan ibu yang sentiasa sibuk, saya sentiasa berusaha mencari jalan untuk memudahkan kerja harian saya namun kualiti tetap menjadi keutamaan. Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender benar-benar mengubah rutin mencuci pakaian saya. Saya tidak perlu lagi mengasingkan detergen, pelembut, atau pewangi. Ia bukan sekadar mencuci dan melembutkan malah menjadikan pakaian kami sekeluarga berbau harum dengan pewangi lavender yang mewah dan kekal lama. Perlindungan antibakterianya pula memberikan saya ketenangan minda, kerana saya tahu pakaian kami dan anak-anak selamat dan bersih. Ia adalah penyelesaian untuk setiap isi rumah,” kata Neelofa, Duta Jenama rangkaian produk Daia.   

Untuk berkongsi pengalaman menyeronokkan menggunakan Daia Softergent Lavender, Neelofa akan bertemu dengan peminat-peminatnya semasa sesi meet & greet.

Duta Jenama Daia, Neelofa, di Majlis Pelancaran Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, satu penyelesaian dobi lengkap yang direka untuk menggabungkan cucian berkuasa, haruman lavender mewah yang menjadikan pakaian terasa lembut, serta perlindungan antibakteria 99.9% — semuanya dalam satu produk yang praktikal dan mudah digunakan.

Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender adalah pilihan yang lebih bijak, serta mudah untuk menghasilkan cucian yang bersih secara menyeluruh, haruman mewah lavender, dan memberi 99.9% perlindungan antibakteria—solusi ideal untuk setiap isi rumah. Nikmati kuasa mencuci berganda, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, yang kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh Malaysia. 

Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender dihasilkan dalam bentuk cecair dan serbuk. Harga runcit yang disyorkan untuk cecair detergen Daia Smart adalah RM26.90 untuk botol 3.6kg dan RM11.90 untuk pek lembut 1.5kg. Sabun serbuk Daia boleh didapati dalam pek 2.1kg, dengan harga RM15.90. Kesemua ini boleh didapati di semua cawangan kedai di seluruh negara.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.